Rss

Tuesday, May 7, 2013

Yang terjadi, yang dilupai

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt

Banyaknya dosa kalau dihitung setiap hari, hari ISNIN buat dosa, hari SELASA buat dosa, hari RABU buat dosa, hari KHAMIS buat dosa, hari JUMAAT buat dosa, hari SABTU buat dosa, hari AHAD buat dosa. Jom muhasabah seketika. (^_^)

Bangun-bangun tidur, buka FACEBOOK, 
Tengok gambar perempuan TAK TUTUP AURAT,
"LIKED" banyak-banyak,
Saham DOSA meningkat

Solat itu lebih baik dari TIDUR (adzan SUBUH),
Malasnya nak SOLAT,
Nabi YUSUF yang hensem pun solat SUBUH,
Ruginya orang hensem yang tak bangun SOLAT

Banyaknya untung BERNIAGA,
Pelanggan mendapat barang ROSAK,
SYARIAT Islam DILUPAKAN,
KEUNTUNGAN tujuan utama,
AKHIRAT dilupakan

Pakai baju bukan main BRANDED,
Seluar kalau tak PENDEK tak sah,
Wahai laki laki jangan dilupa AURAT,
Dari PUSAT hingga LUTUT

SERONOKNYA dapat itu,
Yang itu pun SERONOK,
Yang diri sendiri tak SERONOK pun,
Yang SERONOK mesti pada orang lain,
Belajarlah MENSYUKURI wahai kawan


Bila ilmu diangkat,
Fitnah berleluasa,
Orang jahil memilih yang jahil untuk memimpin,
Itulah tanda sudah hampir kiamat

Wallahuataala a'lam





 






 




Wednesday, February 6, 2013

Berubah itu payah


Berubah itu payah
Bila niat bukan kerana Allah
Bila hati masih gundah
Bila syaitan membisik mudah

Berubah itu payah
Bila diri masih tak tabah
Bila hati mudah berubah
Bila manusia memandang rendah

Berubah itu payah
Bukan semudah berkata madah
Tapi sejauhmana kaki melangkah
Sekuat mana mengekalkan istiqamah

Berubah itu payah
Bila diri dikawal amarah
Nafsu membara dengan mudah
Kelak diri makin parah

Berubah itu payah
Bila manusia tak henti menyalah
Bila teman sudah tak kisah
Bila teman disisi tiada sudah

Berubah itu payah
Namun segalanya tak susah
Mudah bila kerana Allah
Mudah bila kena pada kaedah

Berubahlah walaupun payah
Walau manusia sudah tak endah
Walau masa silam selalu menerjah
Kerana ajal dijangka susah
Takut bila tak sempat berubah
Kelak akhirat merana tak sudah

Berubahlah
Segalanya pasti indah
Jika ikhlas kerana Allah
Segalanya punya hikmah

Berubahlah
Jika tidak dirimu parah
Kelak menyesal tak sudah
Jangan menyerah bila susah berubah
Kepada-Nya kita berserah
Di akhirat moga dikurnia Jannah.
InsyaAllah~

Dipetik dari http://suaraqalbii.blogspot.com

Thursday, January 31, 2013

Tahajjud disamping malam hari

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt

Sekarang menunjukkan jam 0510 am, kawan serumah masih lagi nyenyak diulit mimpi, entah apa yang dimimpikan mereka, ada yang berdengkur, berdengus, macam macam bunyi kedengaran. Kalau diceritakan mengenai nikmat yang Allah bagi dan cara kita bersyukur, Alahurabbi, cukup cukup banyak, tapi berapa detik syukur yang ada dalam diri kita. 

Menjadi kebiasaan untuk saya bangun sebelum subuh, mendidik diri supaya dapat solat subuh secara berjemaah dimasjid, satu perkara yang akan meninggalkan kesan positif dalam diri selepas solat subuh berjemaah. Ya Allah, indahnya subuh berjemaah, dikala orang lain nyenyak tidur, luangkanlah sedikit masa untuk subuh berjemaah. Berapa lama kita dapat tidur dengan nyenyak, balaslah nikmat yang diberi dengan cara kita bangun sebelum subuh.

Tahajjud cinta? 
Latih diri dengan bertahajjud, kerana tahu diri tidak sekuat yang disangka, lemahnya hati dalam kelalaian dari mengingati Allah. Manusia diciptakan mempunyai perasaan, baik perasaan kasih, keliru, sedih dan suka. Namun manusia tidak selalu diberi kekuatan untuk merasa suka, kadang ada yang terbabas dari kelalaian diri sendiri. Bukan mengata, tapi mengingati diri sendiri.

Saat paling manis, bila tujuh anggota badan diletakkan ke tanah, muka dihadapkan ke alas tikar sembahyang. Menangis dan mengadulah pada Allah swt, kerana tidak ada sebaik baik pendengar melainkan Allah swt. Gugurkanlah air matamu disaat sujud terakhir, luahkanlah segala yang terpendam pada yang Maha Mendengar. Bukan kamu menangis kerana kamu lemah, tetapi tiada sebaik baik pendengar melainkan Dia.

Kerana telah dinyatakan bahawasanya tiada solat yang terbaik selepas solat fardhu melainkan solat tahajjud, Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim) 

Galakan lain mengenai solat tahajjud

Firman Allah Taala :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)


# Indahnya Islam bilamana dipraktikkan dengan sempurna, ringannya beribadah bila ade iman didada.



Wednesday, January 30, 2013

Hijrah diri, sahabat baik


Assalamualaikum WBT, bismillahirrahmanirrahim.

Dalam diam dan tanpa usul selidik yang pasti, keliru dan tertanya tanya  dengan diri sendiri. Sepanjang perjalanan hidup sebagai seorang pelajar, sedikit sebanyak membentuk alur dalam diri ini. Bukan upah yang dipinta, bukan jua untuk disanjungi, namun cuba meletakkan cinta kepada Allah dan Rasulullah SAW pada tahap yang tinggi.

Sering kali diuji dengan pujian dari rakan rakan, sanjungan dan hormat , maaf dan ampun, saya bukan sebaik yang disangka dan tidak layak untuk disanjung. Saya hanya hamba Allah dan kecilnya saya pada pandangan Allah. Bukan redha dan rahmat manusia yang saya pinta, hanya doa dan sokongan ketika saya khilaf.

Dengan berbesar hati, suka saya terangkan, bukan banyaknya pahala, bukan banyaknya hadiah yang kita dapat, bukan besarnya gaji kita, tapi redha Allah yang paling penting, redha Allah yang membawa kita kepada kejayaan mutlak dunia dan akhirat.

Pernah saya terfikir, andai kata syurga dan neraka itu tak wujud. Macam mana dengan pahala dan dosa saya? Bukankah saya mengharapkan pahala saya dibalas dengan syurga? Bukan makud saya untuk menidakkan salah satu dari rukun iman, tapi cuba fikir dari sudut yang positif. Berapa banyak pahala saya yang dapat menjamin saya ke syurga?

Dalam usaha saya menghijrahkan diri mencari redha ilahi, ada satu hadis baginda yang saya jadikan panduan, baginda bersabda ertinya, "Sesungguhnya berkawan dengan orang-orang yang soleh (orang-orang baik) dibandingkan dengan orang-orang jahat adalah seperti berkawan dengan orang yang menjual minyak wangi berbanding dengan tukang besi. Maka berkawan dengan tukang penjual minyak wangi terkadang dia memakaikan kepadamu atau kamu mengikutnya atau mencium wanginya. Akan tetapi berkawan dengan tukang besi (peniup api) mungkin terbakar pakaianmu atau kau merasakan panasnya." (Hadis Riwayat Muslim).

Terdapat empat tujuan hijrah, yang pertama kerana Allah, kedua kerana Rasulullah, ketiga kerana kehidupan dan keempat kerana wanita. Sentiasa perbaharui niat, kerana siapa kita berubah? Tapi dalam usaha hijrah, peranan sahabat memainkan peranan penting dalam usaha membentuk diri, kuatnya peranan sahabat sehinggakan terdapat hadis yang dapat kita jadikan panduan dalam usaha untuk berhijrah.

Perlunya pemilihan sahabat yang baik kerana sedikit sebanyak perlakuan dan percakapan mereka mempengaruhi saya. Jika bersahabat dengan orang yang baik, lambat laun pasti kita akan terikut dengan perlakuan mereka, jika bersahabat dengan orang kurang baik, begitulah sebaliknya mereka mempengaruhi sedikit sebanyak tingkah laku kita.

Saya bukan seorang yang kuat, kadang terguris dengan dosa sendiri, sering kali menitiskan airmata dek kerana dosa sendiri, rapuhnya hati seorang pendosa, perlukan sokongan dan sahabat baik yang boleh menegur ketika saya salah dan begitulah sebaliknya.

"Sebaik baik sahabat di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap temannya dan sebaik baik jiran di sisi Allah ialah orang yang terbaik terhadap jirannya." 
(Hadis riwayat al-Hakim)


#Terima kasih sahabat sahabat yang banyak membantu dikala diri saya goyah tak bertiang, saya sayang antum kerana Allah taala.








Thursday, January 17, 2013

Doa Nabi di Mina Yang Tidak Diaminkan

Peristiwa Nabi Muhammad berdoa di Mina, ada tiga doa yang didoakan baginda, doa pertama baginda berdoa supaya dikuatkan akidah umatnya, malaikat Jibril mengaminkan, doa kedua baginda mendoakan supaya diramaikan umatnya, Jibril sekali lagi mengaminkan doa tersebut, doa ketiga baginda mendoakan supaya disatukan hati umatnya, Jibril tidak mengaminkan doa tersebut.

 Allah swt menciptakan setiap sesuatu yang ada diantara langit dan bumi beserta isinya, Dia mengetahui setiap apa yang tersembunyi dan terang terangan. Sama juga dengan peristiwa doa baginda tidak diaminkan, Allah swt mengetahui sifat hamba-hambaNya.

Kemungkinan keputusan yang dapat kita lihat dari peristiwa di atas, banyak golongan yang tidak sependapat walhal dari agama yang sama, mengaku diri sebagai Islam, tetapi bergaduh sesama sendiri kerana harta, pangkat, kedudukan, status dan lain lain.

Amalkan akhlak yang baik dalam pergaulan, bersatu kita teguh bercerai kita roboh.

 Sabda Rasulullah saw yang bermaksud :"Islam itu akhlak yang baik". Begitu juga sabda Baginda yang bermaksud : "Tidak ada sesuatu yang lebih berat timbangannya selain daripada akhlak yang mulia."



#Jom bersatu atas dasar agama Islam
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...