Rss

Friday, September 23, 2011

Bagaimana nak install@upgrade your firmware,simply honey dalam galaxy s i9000

This is not my android :-)

1.Download http://androidadvices.com/downloads/SimplyHoney_5.0_Odin.zip. Terdapat Simply Honey Tar tar files and Odin. Andai kata password dimintak, androidadvices.com. Download juga files http://androidadvices.com/downloads/SimpleHoney-5.0-FullPack.zip


2.Bila selesai download, extract file SimplyHoney_5.0_Odin.zip. Pastu open Odin then off h/p anda kepada download mode. (Tekan Volume Down + Menu + Butang Power)


3.Kembali kepada file Odin yg dibuka td, klik kt PDA dan browse files,select tar files.


4.Klik start dan tunggu 5-10 minit, H/P anda akan masuk ke recovery mode.
Dalam Recovery Mode ( Up/Down-Volume+, Volume- , To Enter–Tekan butang power, To select-Menu )


5. Selepas tepon anda reboot, sambung tepon anda ke computer dan copy file SimplyHoney-5.0-FullPack.zip ke dalam H/P anda.


6.Masuk ke recovery mode, Recovery Mode ( Up–Volume+, To Enter–Tekan butang power, To select - Menu )


7.Pilih Install zip from sdcard, then install file SimplyHoney-5.0-FullPack.zip td



Done!!!

Monday, July 4, 2011

Bagaimana nak tahu wireless kita di hack

Gambar sekadar hiasan :-)


Haa..saja kongsi-kongsi ilmu, tak kurang ilmu kita bila kita kongsi ilmu sesama kitakan? Macamana nak tahu wireless kita di hack ataupun tak, cara dia senang jer. Cara yang ada kat bawah ni aku ambik dari internet lama dulu, petikan asal dia dalam bahasa Inggeris dan panjang, tapi aku dah terjemahkan dalam bahasa Melayu dan ringkaskannya. Aku pun tak tahu keberkesanan dia, tapi aku yakin benda ni memang jadi. Hehehe..so cubalah :-)

1.Tutup/disconnect semua laptop didalam rumah yang menggunakan wireless anda, tinggalkan hanya 1 laptop yang menggunakan cable LAN.

2.Perhatikan lampu notification wireless berkelip dengan pantas. Ini menunjukkan ada penghantaran data antara wireless anda dengan mana-mana komputer.

3.Semasa wireless anda di hack, anda mungkin perasan yang kelajuan internet anda berkurang.

4.Masuk setting router, anda akan mengesan nama komputer yang mengunnakan router anda. Untuk melihat nama laptop, klik start, klik kanan pd komputer dan tekan properties.

P/S : Masukkan password yang mengandungi @,% dan sebagainya!
Takpun letak nama aku!haha..gurau jer.. :-p

Sunday, July 3, 2011

Nak delete virus shortcut

Even kebanyakan dah tahu cara nak delete virus shortcut ni, aku post juga dalam blog ni. Sebab tak salah nak kongsi ilmu kan.Cara-cara dia senang jer, just ikut step di bawah :-
1.Buka CMD
2.taip del * . ink ( Tekan Y)
3.attrib -s -h /s /d
4.del autorun.inf

Tuesday, June 21, 2011

aku harapkan...

Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seperti yang kita harapkan. Yang terjadi adalah perkara sebaliknya. Memang mulut boleh berkata-kata, tapi dapat tak kita tunaikan apa yang mulut kita luahkan. Kadang-kadang kita cakap A,tapi apa yang kita buat adalah B. Apa yang patut kita buat untuk diri sendiri,cuba tepati masa,berpegang pada janji,berkata jujur pada sesiapapun dan last sekali cuba jadi seorang yang pemaaf. Setiap manusia pantas menerima kemaafan dan juga memaafkan, sedangkan Allah Yang Maha Besar lagi memaafkan hamba-hambaNya. Inikan pula manusia sesama manusia.
Setiap manusia mempunyai harapan, ada yang berharapan tinggi, rendah, sederhana dan kecil. Semuanya menaruh harapan walaupun harapan itu secalit habuk. Tapi pernahkah kita berusaha untuk mendapatkan atau mengejar harapan kita agar tercapai?
Kita sering kali memandang kebahagiaan orang lain sampai kita terlupa untuk melihat kebahagiaan diri sendiri. Sering kali kita buta untuk melihat apa kelebihan dan keburukan yang kita ada. Kelebihan dan kelemahan yang kita ada sebenarnya menjadi permulaan bagi segala-galanya, even untuk kita mengejar harapan kita.
Lebih baik menjadi hipokrit demi menjaga silaturrahim sesama manusia, jangan kerana nila setitik, kita juga yang terkena tempiasnya. Jangan kita jadi seperti orang yang pandai berkata-kata, tapi tak pernah untuk melihat keburukan diri sendiri. Jadi apa yang aku harapkan, aku mengharapkan ...

Thursday, June 16, 2011

JANJI ALLAH BAGI ORG YANG MAHU BERKAHWIN

!Saya mahu kahwin!

1-“Wanita-wanita yang keji adalah untuk lelaki yang keji, dan lelaki yang keji adalah buat wanita-wanita yang keji (pula), dan wanita-wanita yang baik adalah untuk lelaki yang baik dan lelaki yang baik adalah untuk wanita-wanita yang baik (pula)”. (An Nuur : 26)
Bila ingin mendapatkan jodoh yang baik, maka perbaikilah diri. Hiduplah sesuai dengan ajaran Islam dan Sunnah Nabi-Nya. Jadilah lelaki yang soleh,jadilah wanita yang solehah. Semoga Allah memberikan hanya yang baik buat kita. Amin.

2-“Dan kahwinikanlah orang-orang yang bujang diantara kamu dan orang-orang yang layak (berkahwin) dari hamba-hamba sahayamu yang lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin, Allah akan memberikan mereka dengan kurniaan-Nya. Dan Allah Maha Luas (Pemberian-Nya) lagi Maha Mengetahui”. (An Nur: 32)
Sebagian para pemuda ada yang merasa bingung dan bimbang ketika akan berkahwin. Salah satu sebabnya adalah kerana belum mempunyai pekerjaan. Dan yang peliknya ketika para pemuda telah mempunyai pekerjaan pun tetap ada perasaan bimbang juga. Sebahagian mereka tetap ragu dengan harta yang mereka dapatkan dari gajinya. Dalam fikiran mereka terdetik, “adakah cukup untuk berkeluarga dengan gaji sekian?”.
Ayat tersebut merupakan jawapan buat mereka yang masih ragu untuk melangkah ke alam pernikahan kerana alasan ekonomi. Yang perlu ditekankan kepada para pemuda dalam masalah ini adalah kesanggupan untuk memberi nafkah, dan terus bekerja mencari nafkah memenuhi tuntutan berkeluarga. Bukan besarnya wang ringgit yang perlu dibimbangkan. Kelak, Allah akan menolong mereka yang berkahwin. Allah Maha Adil, bila tanggung jawab para pemuda bertambah – dengan kewajiban menafkahi isteri-isteri dan anak-anaknya – maka Allah akan memberikan rezeki yang lebih. Tidakkah kita lihat kenyataan di dalam masyarakat, kebanyakan mereka yang bermula dengan kemiskinan, tidak mempunyai apa-apa ketika menikah, kemudian Allah memberinya rezeki yang melimpah-ruah dan mencukupkan segala kekurangannya?

3-“ Ada tiga golongan manusia yang berhak Allah tolong mereka, iaitu seorang mujahid fi sabilillah, seorang hamba yang menebus dirinya supaya merdeka dan seorang yang bernikah kerana ingin memelihara kehormatannya”.(HR. Ahmad 2: 251, Nasaei, Tirmidzi, Ibnu Majah hadisno. 2518, dan Hakim 2: 160)
Bagi siapa saja yang bernikah dengan niat menjaga kesucian dirinya, maka berhak mendapatkan pertolongan dari Allah berdasarkan penegasan RasulullahShallallahu ‘alaihi wa sallam dalam hadis ini. Dan pertolongan Allah itu pasti datang.

4-“Dan diantara tanda-tanda kekuasaan-Nya ialah Dia menciptakan untukmu isteri-isteri dari jenismu sendiri, supaya kamu cenderung dan merasa tenteram kepadanya, dan dijadikan-Nya di antaramu rasa kasih dan sayang. Sesungguhnya pada yang demikian itu benar-benar terdapat tanda-tanda bagi kaum yang berfikir” (Ar Rum : 21)

5-“Dan Tuhanmu berfirman : ‘Berdoalah kepada-Ku,nescaya akan Ku perkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang memalingkan diri dari menyembah-Kuakan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina’ ”.(Al Mu’min : 60)
Ini juga janji Allah ‘Azza wa Jalla, bila kita berdoa kepada Allah nescaya akan diperkenankan-Nya. Termasuk di dalamnya ketika kita berdoa memohon diberikan pasangan hidup yang agamanya baik, cantik, taat dan sbgnya.
Dalam berdoa perhatikan adab dan sebab terkabulnya doa. Diantaranya adalah ikhlas, bersungguh-sungguh,merendahkan diri, mengadap kiblat, mengangkat keduatangan, dll.
Perhatikan juga waktu-waktu yang mustajab dalam berdoa. Di antaranya adalah berdoa pada waktu sepertiga malam yang terakhir dimana para malaikat turun dari langit dunia bersama-sama mengaminkan ,pada waktu antara azan dan iqamah, pada waktu turunhujan, dll.
Perhatikan juga penghalang terkabulnya doa. Diantaranya adalah makan dan minum dari yang haram, juga makan, minum dari usaha dan sumber yang haram,melakukan apa yang diharamkan Allah, dll.
Manfaat lain dari berdoa bererti kita meyakini kekuasaan Allah, mengakui bahwa Allah itu tempat meminta, mengakui bahwa Allah Maha Kaya, mengakui bahwa Allah Maha Mendengar, dll.
Sebahagian orang ketika jodohnya tidak sampai-sampai maka mereka pergi ke dukun-dukun dan bomoh berharap agar jodohnya lancar. Sebahagian orang ada juga yang menggunakan guna-guna dan sihir. Cara-cara seperti ini jelas dilarang oleh Islam. Perhatikan hadis-hadis berikut yang merupakan peringatan keras dari Rasulullah Sollallahu ‘alaihi wa sallam:
“Barang siapa yang mendatangi peramal nasib / dukun,lalu ia menanyakan sesuatu kepadanya, maka tidakditerima solatnya selama empat puluh malam”. (Hadissahih riwayat Muslim (7/37) dan Ahmad)
Telah bersabda Rasulullah sollallahu ‘alaihi wasallam, “Maka janganlah kamu mendatangi peramal-peramal nasib itu.” (Sahih riwayat Muslim juz7 hal. 35).
Telah bersabda Nabi shallallahu ‘alaihi wa sallam,“Sesungguhnya jampi-jampi (mantera) dan guna-guna(sihir) itu adalah (hukumnya) syirik.” (Hadis sahihriwayat Abu Daud (no. 3883), Ibnu Majah (no. 3530),Ahmad dan Hakim).

6-”Mintalah pertolongan (kepada Allah) dengan sabar dan solat”. (Al Baqarah : 153)
Mintalah tolong kepada Allah dengan sabar dan solat.Tentunya agar datang pertolongan Allah, maka kita juga harus bersabar sesuai dengan Sunnah Nabi Sollallahu‘alaihi wa sallam. Juga harus solat sesuai Sunnahnya dan terbebas dari bid’ah-bid’ah.

7-“Kerana sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan, sesungguhnya sesudah kesulitan itu ada kemudahan”. (Alam Nasyrah : 5 – 6)
Ini juga janji Allah. Mungkin terasa bagi kita jodoh yang dinanti tidak kunjung tiba. Segalanya terasa sulit. Tetapi kita harus tetap berbaik sangka kepada Allah dan yakinlah bahwa sesudah kesulitan itu ada kemudahan. Allah sendiri yang menegaskan dua kalidalam Surah An- Nasyrah.

8-“Hai orang-orang yang beriman jika kamu menolong(agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu”.(Muhammad : 7)
Supaya Allah Tabaraka wa Ta’ala menolong kita, maka kita tolong agama Allah. Baik dengan berinfak dijalan-Nya, membantu penyebaran dakwah Islam dengan penyebaran buletin atau buku-buku Islam, membantu penyelenggaraan pengajian, dll. Dengan itu semogaAllah menolong kita.

9-“Sesungguhnya Allah pasti menolong orang yang menolong (agama)-Nya.Sesungguhnya Allah benar-benar Maha Kuat lagi Maha Perkasa”. (Al Hajj : 40)

10-Ingatlah, sesungguhnya pertolongan Allah itu amat dekat”.(Al Baqarah : 214)
Itulah janji Allah. Dan Allah tidak akan menyalahi janjinya. Kalaupun Allah tidak / belum mengabulkan doa kita, tentu ada hikmah dan kasih sayang Allah yang lebih besar buat kita. Kita harus berbaik sangka kepada Allah. Inilah keyakinan yang harus ada pada setiap muslim dan muslimah.



Wednesday, June 15, 2011

..Dup Dap Dup Dap..

17/6/2011 - Jumaat - Keputusan peperiksaan akhir
Tinggal sehari sahaja lagi sebelum sayyidul aiyam, sayyidul aiyam bermaksud penghulu segala hari yakni hari yang sebaik-baik hari. Banyak peristiwa yang berlaku pada hari Jumaat, sebagai contoh nabi Adam diciptakan pada hari Jumaat dan pada hari Jumaat juga dia dikeluarkan dari syurga. Pada hari Jumaat juga hari Kiamat bakal berlaku.

Tapi, ada satu lagi peristiwa yang bakal berlaku. Pada 17/06/2011 bakal keluar keputusan peperiksaan akhir aku pada ini. Oh!tidak!hati aku dup dap dup dap..risau sangat dengan keputusan yang bakal keluar. Semakin dekat masa, semakin risau. Even sebelum ni aku tak pernah rasa takut, tak pernah rasa risau tentang keputusan yang bakal keluar. But this time, its really different situation. Semoga aku dan kawan akan mendapat keputusan yang cemerlang. Insyaallah. Amin.

Monday, June 13, 2011

Sunnah-sunnah Rasulullah SAW

Sunnah ke satu : Witir, Shalat Dhuha dan Puasa Tiga Hari Setiap Bulan
Banyak umat Islam melupakan tiga ibadah sunnah diatas. Padahal Insya Allah, orang yang menjaga ketiga-tiganya termasuk golongan orang-orang saleh. Abu Hurairah berkata : "Kekasihku (Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam) mewasiatkan tiga hal kepadaku, aku tidak pernah meninggalkannya sampai mati; puasa tiga hari pada setiap bulan, shalat dhuha dan shalat witir sebelum tidur." (HR. Al-Bukhari)
Asy-Syaukani berkata : "Ar Ruhyani berkata, puasa tiga hari pada tiap bulan adalah sunnah, dan jika bertepatan dengan Ayyumul Bidh (hari2 bulan purnama yakni tanggal 13, 14 dan 15 setiap bulan Hijriah) maka itu lebih disukai."

Sunnah Kedua : Shalat ketika Pulang dari Perjalanan
Ka’b bin Malik meriwayatkan : "Apabila Nabi Muhammad Shallallahu Alaihi Wassalam datang dari perjalanan, beliau memulai (singgah) di masjid kemudian mendirikan shalat di dalamnya." (HR. Al-Bukhori).

Sunnah Ketiga : Berkumur ketika Minum Susu
Ubaidillah bin Abdillah bin Utbah meriwayatkan dari Ibnu Abbas : "Bahwasanya Rasulullah SAW minum susu kemudian berkumur (dengannya), lalu beliau berkata, "Sesungguhnya susu tu mengandung lemak…". (HR. Al-Bukhori).

Sunnah Kelima : Berdoa Ketika memakai Baju Baru
"Ya Allah, bagiMu segala puji, Engkau memberiku pakaian. Aku mohon padamu kebaikannya dan kebaikan apa yang dibuat untuknya. Dan aku berlindung kepadaMu dari keburukannya dan keburukan yang dibuat untuknya." (HR Abu Daud Nasa’i dan Turmudzi serta dishahihkannya).

Sunnah Keempat : Makan sebelum keluar Shalat ‘Ied
Anas berkata : "Tidaklah Rasul SAW berangkat (Shalat) pada hari Raya Fithrah kecuali beliau makan beberapa kurma." (HR. Al-Bukhori).

Sunnah Keenam : Meletakkan (menutupkan) kedua telapak tangan di mulut ketika menguap

Sunnah Ketujuh : Menangis ketika membaca Al-Qur’an
Imam Ghazali berkata : "Disunahkan menangis ketika membaca Al-Qur’an. Caranya yaitu dengan menghadirkan kesedihan dan ketakutan dalam hati dengan merenungkan ancaman yang keras serta berbagai perjanjian berat, lalu hendaknya ia melihat betapa sangat lengahnya ia dalam masalah tersebut. Jika tetap saja tidak ada kesedihan hatinya, ketahuilah ini adalah salah satu musibah terbesar baginya."

Sunnah Kedelapan : Memakai Alas Kaki dengan mendahulukan yang kanan dan melepasnya dengan mendahulukan yang kiri

Sunnah Kesembilan : Membunuh Tokek

Sunnah Kesepuluh : Mengibasi (Jawa:ngebuti) kasir atau tikar ketika hendak tidur

Sunnah Kesebelas : Melakukan Tahnik (Memamahkan kurma dan sejenisnya yang sudah dilembutkan ke dalam rongga mulut) bayi yang baru lahir.

Sunnah Kedua belas : Shalat Isthikarah

Sunnah Ketiga Belas : Minum Sambil Duduk

Sunnah Keempat Belas : Bernafas tiga kali ketika minum
Anas bin Malik ra. meriwayatkan : "Rasulullah SAW bernafas tiga kali ketika minum. Lalu beliau bersabda : "Sesungguhnya yang demikian itu lebih menyenangkan, lebih baik, lebih bermanfaat dan lebih menyehatkan." (HR.Muslim)
Adapun caranya, kita minum lalu melepaskan gelas dari mulut untuk menghela nafas sebentar, lalu minum lagi dan demikian dilakukan sebanyak tiga kali. Demikian seperti dijelaskan Ibnu Qayyim berdasarkan hadits shahih riwayat Ibnu Majah.

Sunnah Kelima Belas : Ziarah Kubur untuk mendapatkan Pelajaran
Rasulullah SAW bersabda : "Dulu aku melarang kalian berziarah kubur, (sekarang) ziarahlah, karena sesungguhnya kubur itu mengingatkan kalian kepada Akherat." (HR.Muslim)

Sunnah Keenam Belas : Mengucapkan salam kepada orang yang dikenal dan tidak dikenal

Sunnah Ketujuh Belas : Berdiam di masjid untuk shalat dan dzikir
Ya Robb, Beri kami kemampuan untuk mengikuti Rasulullah dengan sempurna, lahir dan bathin, dalam keadaan sehat dan sejahtera. Cintakan kami kepada beliau sehingga saya, orangtua saya, dan saudara-saudara saya diselamatkan dari kengerian hari kiamat. Wahai Allah, Ampunilah kami dan segenap kaum muslimin


From : http://anintadiary.blogspot.com/2008/10/sunnah-sunnah-rasulullah-saw.html

Sebenarnya masih terdapat banyak lagi sunnah-sunnah Rasulullah yang dapat kita ikuti. Dan ini merupakan sebahagian darinya. Moga-moga kita dapat ikuti semua sunnah-sunnah Rasul Allah. InsyaAllah. Amin.

?Bila boleh balik?

Fikirkan ayah dan ibu, ternyata kau takkan tersesat. InsyaAllah. amin.

Akal : Haish..Bila boleh balik kampung nih?

 Hati : Sabar dulu brader.

Akal : Nak sabar sampai bila?
 
Hati : Tunggulah kau habis shortcourse dulu. Alah 20hb kan dah final. Sabar jelaa..
 
Akal : Aku dah tak boleh duduk sini dah. Nak belajar pun aku malas, aku rasa macam tak ada mood jer nih.
 
Hati : Kau jangan buat macam 2 sayang, sabar itu sebahagian dari iman. Kau kena fikir, berapa yang kau bayar untuk buat shortcourse ni, rumah sewa kau dah habis berapa dah. Makan minum kau lagi.Kau kena fikir semua ni.
 
Akal : Aku memang fikir, tapi dah memang aku tak ada mood sangat neh. Aku fikir nak extend jer daripada UiTM ni, amacam?
 
Hati : Haish!kau tak boleh buat macam tuh. Kau cakap kau nak jadi kaya kan? Haa!cuba fikir lagi sekali, baik kau habiskan degree ni elok-elok. Then bila kau dah habiskan degree, gaji kau lagi tinggi dari diploma tau x.
 
Akal : Yea tak yea jugak kn. Hehehe. Ramai yang nasihat suruh aku belajar dulu, kerja kemudian. Ada jugak yang suruh aku berdoa,solat hajat, bace Quran or Yasin. Dan macam-macam lagilah.
 
Hati : Itu lagi bagus, bila kau ingat Allah. Allah pun akan ingat kt kau. Teruskan berusaha!Chaiyok!Tapi kau kena faham, kau belajar untuk self efficient. Dan cari ilmu biar seimbang antara dunia dan akhirat. Alhamdulillah.
 
Akal : InsyaAllah aku akan buat semua itu.
 
Hati : Sama-sama kita berusaha. InsyaAllah. Amin.

Friday, June 10, 2011

@Lazy article@

The worst thing happen in my life, i have no mood to study,to do anything, to watch something, to compliment something and the worst part is i dont care what people think of me. Oh!This is shit!WTF!(please remind yourself to think positive yea, WTF means World Taekwondo Federation..hahaha..)
The one who should be blame is you yourself, coz the way you think describe your personality and your characteristic.
Supposely, i should be home sitting in front of my television, eating ice cream, typing sms, and sleep,sleep,sleep and sleep. But now,i'm doing shortcourse, just one subject. Actually, i'd adrenaline to take shortcourse during semester break, but now i dont feel like doing anything. I'm kind of mood depressed, i dont feel to study anymore. In my brain, there is something whispered and told me to find a job..Haha..Eventhough i'm eager to study, to develop my skill, to finish my study ontime. But can you imagine, what we can get when we are working? There so much we can learn when we work. So, after i'm finish my shortcourse, i want to find a job. And i have 2 months to gather more knowledge and experience. Coz experience and knowledge are the treasure that will follow its owner everywhere.

Tuesday, March 8, 2011

Saja-saja, suke-suke, merapu..

Penat..degree memang penat..Pernah terfikir nak give up..tp aku takkan sia-siakan peluang sekarang,kerja aku masa muda remaja ni,aku nak belajar,belajar dan belajar..dan aku nak tambah pengalaman aku selama 2 tahun kt sini..
Konsep aku senang jer, aku takkan menyerah kalah, sebab orang yang mudah menyerah kalah adalah orang yang menyediakan mati sebelum mati, tp aku tak nak mati lagi..hihi..
Aku fikir, Allah kurniakan otak manusia semuanya sama, yang membezakan manusia adalah macammana manusia gunakan otak mereka..samaada untuk keburukan ke,kebaikan ke..terpulang kepada setiap individu masing-masing.... orang lain boleh buat, tapi kenapa kita tidak? otak kita sama jer ngan orang lain..
Esok hari Khamis, ada 2 perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari esok :-
1) Study CTU553 Chapter 1-3 sebab esok test
2) Siapkan Software Development Plan sebab esok dah kena submit
Jadi aku kena bekerja keras, niat aku sambung degree sebab aku nak tambah ilmu dan juga pengalaman aku...aku tak kisah kalau-kalau aku repeat, tp semestinya aku tak nak repeat..hahaha..
sebab dah memang niat aku, aku datang sinis sebab nak tambah ilmu.......mungkin aku tak ada rezeki buat masa sekarang, tapi siapa yang tahu dimasa akan datang rezeki aku melimpah ruah...insyaAllah..amin....
Aku takkan berpuas hati dengan apa yang aku buat melainkan yang terbaik aku dapat persembahkan..means that, i've to work hard in order to achieve my goals..yes!
Wake up!Dress up!Show up!Rise up!Never give up!

Friday, February 18, 2011

Penyakit 'M' dan cara mengatasinya













Penyakit 'M'?apokobondo penyakit 'M' ni?haha..Untuk pengetahuan saudara saudari sekalian,sy bkn nk jual ubat,bkn nk b'crta..tp nk b'kongsi apa yg sy dgr n bace..(cm rajin plak)
Kalau nk tau penyakit 'M' ni adalah penyakit malas..haha..Malahan sy sendiri pn ada penyakit camni yea..Sebenarnya,kalau kita nk b'jaya kt atas dunia ni,kita xleh malas-malas..Kita kena jd rajin..Kebanyakan org yg b'jaya kt atas dunia ni semuanya orang yg rajin-rajin.Kalau seorang pelajar yang nak berjaya,dia kena rajin buat latihan.Seorang pedagang kain yang ingin dagangannya laku,mesti rajin berdagang.Jadi untuk menjadi seorang yang rajin,silalah amalkan cara-cara dibawah untuk mendidik diri kita supaya tidak malas.
Ini diantara cara-cara untuk kita didik diri kita supaya tidak malas :-
  1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
  2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  3. Banyak membaca bahan motivasi
  4. Susun dan mudahkan jadual anda
  5. Rehat dan tidur yang cukup
  6. Bersenam dan beriadah
  7. Berkawan dengan orang yang positif
  8. Amalkan teknik pernafasan
Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,hanya Allah yang tentukan,tetapi mudah-mudahan Allah makbulkan apa yang kita usahakan..InsyaAllah..amin..
Goodluck boys and girls out there.

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul

Monday, January 10, 2011

aDuSs..


Tiba-tiba jer malam ni aku emo..aiyoO..apsal plak aku ni?
Dan tak pasal-pasal tergaduh ngn die sbb org yg aku xknal tuh..
What's wrong with you Zarul Azuan Shaari?Everything will ok..
All iz well.. :-)

Tuesday, January 4, 2011

My NeW HoMe..

Gambar ni xde kene mengene pn..hahaha..saje letak..
 Huhuhu..my new home?what?oh no!
I'm a newyear student for Degree in Information System Engineering at UiTM kampus Shah Alam..(tiba-tiba t'ase nk ckp omputih..hahaha..even bhse org putih aku ni agk hancur..)
Rumah baru aku di seksyen 7 kt Pusat Komersial.
OoPs!Silap plak,bukan umah sebenar yea..hanya sekadar sewaan semata-mata..hehe..
Nak beli rumah sendiri tak mampu lagi,maklumlaa aku ni masih lagi student..

Ok!Untuk aktiviti hari ini..pagi-pagi lagi aku dh bangun..hahaha..(agak pagi jgk,jam menunjukkan pukul 10.30 pagi yea..hahaha..)
Selepas mandi,terus berkejar ke tempat menunggu bas untuk?mestilaa nak tunggu bas kan?
Tapi kemana aku nak pergi ye..aku nak pergi melawat Fakulti Sains Komputer dan Matematik sebenarnye....
Sepatutnya semalam dah start kelas dah..tp semalam aku ponteng first kelas..hahaha..
Hari ni terdetik di hati aku nak p kelas,sambil2 kenal lecturer baru laa katakan..haha..
Tapi sebelum aku p kelas tuh,aku tersesat tau x,tersesat kt fakulti sendiri..hahaha..senget betul aku..
Last2 aku p jumpa ngn orang yang jaga kaunter Akademik..aku mintak no tepon Ketua Program n kol die..
Then dapat juga aku masuk kelas..kelas pertama just introduction kepada silibus-silibus yang akan aku belajar.
Daripada silibus yang diterangkan,aku tak faham sepatah haram apa yang disampaikan oleh pensyarah aku tadi..
hahaha...
Esok kelas aku mula pukul 10.30 pagi..harap-harap aku bangun pagi yea..
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...