Rss

Friday, February 18, 2011

Penyakit 'M' dan cara mengatasinya













Penyakit 'M'?apokobondo penyakit 'M' ni?haha..Untuk pengetahuan saudara saudari sekalian,sy bkn nk jual ubat,bkn nk b'crta..tp nk b'kongsi apa yg sy dgr n bace..(cm rajin plak)
Kalau nk tau penyakit 'M' ni adalah penyakit malas..haha..Malahan sy sendiri pn ada penyakit camni yea..Sebenarnya,kalau kita nk b'jaya kt atas dunia ni,kita xleh malas-malas..Kita kena jd rajin..Kebanyakan org yg b'jaya kt atas dunia ni semuanya orang yg rajin-rajin.Kalau seorang pelajar yang nak berjaya,dia kena rajin buat latihan.Seorang pedagang kain yang ingin dagangannya laku,mesti rajin berdagang.Jadi untuk menjadi seorang yang rajin,silalah amalkan cara-cara dibawah untuk mendidik diri kita supaya tidak malas.
Ini diantara cara-cara untuk kita didik diri kita supaya tidak malas :-
  1. Amalkan doa mengelak diri dari malas
  2. Ingat sasaran dan matlamat diri anda
  3. Banyak membaca bahan motivasi
  4. Susun dan mudahkan jadual anda
  5. Rehat dan tidur yang cukup
  6. Bersenam dan beriadah
  7. Berkawan dengan orang yang positif
  8. Amalkan teknik pernafasan
Kita sebagai manusia hanya mampu berusaha,hanya Allah yang tentukan,tetapi mudah-mudahan Allah makbulkan apa yang kita usahakan..InsyaAllah..amin..
Goodluck boys and girls out there.

Monday, February 14, 2011

Selamat Menyambut Maulidur Rasul


Maulidur Rasul (dalam bahasa Arab bermaksud kelahiran Rasul) adalah hari bersejarah keputeraan Nabi Muhammad. Hari ini jatuh pada hari ke-12 bulan Rabiul Awal sempena kelahiran Nabi yang jatuh pada pada Isnin ( Dari hadith riwayat Muslim, 8/25 ) 12 Rabiul Awal Tahun Gajah bersamaan dengan 23 April 571. Baginda adalah nabi terakhir yang diutus oleh Allah Subhanahu Wataala. Tapak kelahiran baginda pula kini mempunyai satu bangunan kecil yang dikenali sebagai Maulid Nabi. Setiap tahun pada hari itu, umat Islam di seluruh dunia akan mengadakan majlis memperingati keputeraan Nabi Muhammad s.a.w dengan mengadakan beberapa acara seperti perarakan, ceramah dan sebagainya. Banyak kelebihan dan keistimewaan yang akan dikurniakan oleh Allah Subhanahu Wataala kepada mereka yang dapat mengadakan atau menghadiri majlis Maulidur Rasul. Kita dapat lihat betapa besarnya kelebihan orang yang memuliakan majlis keputeraan Nabi Muhammad Sallallahu Alaihi Wasallam, kerana bila berniat sahaja hendak mengadakan Maulud Nabi, sudah pun dikira mendapat pahala dan dimuliakan. Sememangnya bernazar untuk melakukan sesuatu yang baik merupakan doa dan dikira amal salih. Jelas kepada kita bahawa pembalasan Allah Subhanahu Wataala terhadap kebaikan begitu cepat sehinggakan terdetik sahaja di hati hendak berbuat kebaikan, sudah Allah Subhanahu Wataala akan memberi pembalasan yang tiada ternilai. Seseorang yang beriman, kuat bersandar kepada Allah, ketika di dalam kesusahan dia tetap tenang dan hatinya hanya mengadu kepada Allah dan mengharapkan pertolongan dan kasih sayang Allah Subhanahu Wataala. Keberkatan mengadakan Majlis Maulud itu bukan sahaja didapati oleh orang yang mengadakan majlis itu, tetapi seluruh ahli rumah atau orang yang tinggal di tempat itu turut mendapat keberkatannya.

Dipetik dari http://ms.wikipedia.org/wiki/Maulidur_Rasul
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...