Rss

Wednesday, May 23, 2012

Islam Is The Way Of Life | Bersugi

Sekadar hiasan senyuman orang yang bersugi. Hehehe


"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A

Waktu-waktu yang afdhal untuk bersugi:-
1) Ketika mahu bersolat
2) Ketika mahu mengaji
3) Ketika mahu tidur
4) Ketika mahu bersama isteri
5) Ketika ingin berwudhu'
6) Selepas makan
7) Selepas bangun dari tidur

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menetapkan penggunaan siwak/sugi sebagai salah satu sunnah baginda yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda :“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi).

Kebaikan atau khasiat bersugi:-
1) Membersihkan mulut dan menghilangkan bau mulut
1) Menjadi sebab keredhaan Allah SWT
3) Menyebabkan kemarahan syaitan
4) Allah dan malaikat mengasihi orang yang bersugi
5) Menguatkan gusi
6) Menhilangkan gelema
7) Mewangikan mulut
8) Menghapuskan safra'(sejenis penyakit)
9) Menguatkan pandangan mata

Cara menggunakan kayu sugi:-
1) Buang kulit dipangkal kayu sugi untuk digunakan.
2) Kayu sugi yang kering akan melukakan gusi, sebaik-baiknya direndam selama satu hari. Air rendaman boleh digunakan untuk berkumur.
3) Bahagian pangkal kayu sugi yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-       kunyah sampai berjumbai seperti berus.
4) Bahagian kayu sugi yang sudah seperti berus digunakan untuk memberus gigi dan juga lidah.
5) Bismillah dan selawat sebelum bersugi.

Islam itu mudah dan tidak memudaratkan. Jom kerjakan yang sunat, amalkan yang  wajib.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...