Rss

Wednesday, November 14, 2012

Harta, Wanita dan Takhta


Sedikit perkongsian buat sahabat sahabat sekalian dari kuliah maghrib dua hari lepas. Kuliah yang dibincangkan adalah mengenai perkara yang melalaikan manusia di akhir zaman. Perkara ini telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada sahabat sahabat baginda. Tiga perkara tersebut adalah harta, wanita dan takhta.

Allahurabbi, dengan adanya harta, apa pun boleh, situasi yang berlaku pada masa sekarang, "Let money talk, everything can be bought by money". Ada duit, setel semua masalah. Malahan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sesiapa yang mempunyai banyak harta, dialah yang akan menguasai sesuatu tempat, dan jangan kita lupa pada pemerintahan beliau Islam telah menguasai 2/3 dunia. 

Cuma yang menjadi masalah pada masa sekarang adalah harta yang dimiliki tidak disalurkan pada jalan yang betul. Itu silapnya, harta memberi kebaikan dan juga keburukan kepada pada manusia. Banyak harta tapi tidak mengeluarkan zakat, salah jugak. Macamana umat Islam nak kaya kalau tidak keluarkan zakat atau sedekah, betul atau tidak?

Saranan bersedekah dalam al Quran

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)

Perkara kedua, wanita. Kerana wanita hati lelaki jadi lalai, hati lelaki jadi lemah, hati lelaki jadi rendah, hati lelaki jadi kuat, hati lelaki jadi gagah dan hati lelaki jadi senang. Allahurabbi, dasyatnya seorang wanita, walaupun wanita dikatakan seorang insan yang lemah, tapi mana mungkin wanita mampu menggendong anaknya selama 9 bulan di dalam kandungan, mana mungkin wanita boleh jadi seorang ibu yang tabah, mana mungkin wanita selalu mendampingi si suami tika berjuang,  dan mana mungkin si wanita menutup litup tubuhnya tika panas terik mentari.


Akan tetapi, si wanita juga yang akan memberi kelalaian kepada si lelaki, jadi lelaki sebagai pemimpin, haruslah sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang lelaki, Allahurabbi, yang mana belum berkahwin cuba berfikir sejenak, nak bagi apa untuk anak anak dan isteri, cukupkah sekadar nasi, pakaian dan keperluan asas lain selain dari pengisian rohani? Jikalau ada masa, tuntutlah ilmu agama sebaik mungkin, kongsikan dengan anak anak dan isteri, moga hidup bahagia dunia dan akhirat. Lelaki yang belum berkahwin, fikir pasal tangungjawab anda terhadap adik adik perempuan, ibu dan ayah, jangan gatal gatal nak kahwin lagi, cari ilmu agama terlebih dahulu kalau tak tergolong dalam wajib kahwin. hehe.


Perkara ketiga, takhta. Disebabkan takhta jugalah manusia berpecah belah, tiada lagi perpaduan kaum, aku nak buat itu, aku nak buat ini, masing masing nak perjuangkan hak masing masing. Itu salah sebenarnya, bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW cukup berbeza sama sekali, dimana akhlak kita sebagai muslim? Tunjukkan teladan yang baik kepada agama lain, akhlak yang baik boleh dijadikan salah satu cara berdakwah. 




~~ Sedikit perkongsian, selamat tahun baru, maaf salah silap ~~

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...