Monday, January 2, 2012
Tahun 2012
10:01 AM
Selamat Tahun Baru 2012M. Menjadi satu kerugian buat aku pada tanggal 31 Disember 2011, kerana kesilapan dan kekeliruan tentang tarikh program GeMs yang diadakan di dataran. Disebabkan kekeliruan tersebut, aku lebih cenderung menghadiri program 'sayangi selangor' yang diadakan di iCity Shah Alam.
Jika diberi pilihan permata dan tin karat, yang mana tin karat ini berupa seribu pahala di akhirat dan permata merupakan sesuatu yang bernilai di dunia dan sudah pasti tidak membawa apa-apa keuntungan di akhirat kelak, yang mana akan menjadi pilihan anda semua? Disebabkan sedikit godaan daripada iblis terhadap hamba-hamba Allah yang lalai dengan kehidupan duniawi dan cetek ilmu agamanya, mereka memilih permata berbanding tin karat.
Pengisian program GeMs diisi dengan ceramah-ceramah agama, orang yang menghadiri program ini semuanya berkopiah, bertudung. InsyaAllah orang-orang yang menghadiri program ini dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.
Berilmu, beriman dan beramal \^_^/
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
1 comment:
takpe,tahun depan ad lagi.. =)
Post a Comment