Rss

Wednesday, April 11, 2012

Islam Is The Way Of Life | Ini sultan saya | Sultan Muhammad V

Nama : Sultan Muhammad V, dulu dikenali sebagai Tuanku Muhammad Faris Petra
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Kat bawah ada beberapa gambar yang aku selalu tengok, sejuk hati bila tengok sultan aku.

See the video http://www.youtube.com/watch?v=c9eMJGmMlB0
Sultan saya pakai kain pelekat jer.
Sultan saya bukan takat jadi ketua negeri, dia pun boleh mengimamkan solat. Orang perempuan yang nak cari calon, jangan takat cari yang hensem-hensem, carilah orang yang boleh mendirikan solat 5 waktu. Mampu jadi imam buat kalian semua. Tak perlu cari ustaz ustaz, orang yang soleh pun sudah memadai. Lelaki yang baik tak semestinya soleh, tapi lelaki yang soleh sudah pasti seorang yang baik.
Sultan saya pun pandai menghormati ulamak, tapi macam mana pula dengan orang lain yang tak reti nak menghormati ulamak? Ingat, ulamak ni pengganti Nabi, siapa yang tentang ulamak, sama juga macam dia tentang Allah.
Umar bin Abdul Aziz berkata, “Jika mampu,jadilah kamu orang alim ; jika tidak mampu,jadilah penuntut ilmu ; jika tidak mampu,jadilah pencinta ulama’ ; jika tidak mampu,janganlah kamu membenci ulama’.”
Sultan saya pun reti berdoa, sebab dia tahu doa adalah senjata orang mukmin. Jangan jadi sombong dengan Allah, selalulah berminta dengan Allah s.w.t. Nescaya Allah akan makbulkan. Diantara waktu yang afdhal untuk berdoa :
1.Ketika bersujud
2. Diantara azan dan iqamat dan diantara kedua
3. Selepas solat 5 waktu
4. Selepas membaca al Quran
5. Ketika turun hujan
6. Malam jumaat dan harinya
7. Ketika berhimpun orang muslimin
8. Ketika majlis zikir


Tengok, baguskan sultan saya? Saya bangga sangat ada sultan macam nih.
Senyum =)
Senyum merupakan sedekah, betul tak? Kalau salah boleh tinggalkan komen anda.
Orang yang mindanya terbuka luas dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas. Sama juga orang bahagia, apabila megukirkan senyuman, senyumannya akan tampak manis dan sedap mata memandang.
Tapi orang yang menghadapi masalah jiwa sukar untuk melemparkan senyuman. Senyumannya kelihatan agak suram serta kurang menarik.
Sultan saya mencemar duli baginda dengan melawat orang-orang kampung, bukan sekali, tapi berkali kali. Bagus kan?
Dalam Islam ada menuntut supaya orang-orang Muslimin saling menghormati sesama yang lain tak kira berbeza pangkat, umur, harta dan sebagainya.

3 comments:

najwa nano said...

ore kelate ko demo??serupo lah kito...hehehe

Nurfarhain Binti Rahsid said...

tunggu 5thun akan datang...tak sabar rasenye..perubahan akan berlaku untuk mnuju tmpoh tuh..

Zarul said...

hehe..if Allah wills it..Islam akan diterap dalam setiap peringkat.

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...