Rss

Saturday, October 20, 2012

Surah Ar-Rad:11



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Bila diajak berbuat kebaikan, susah betul tak?
Bila disuruh bersedekah, berat tangan bukan?
Bila disuruh itu dan ini, susah untuk dilaksanakan betul?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



Bisikan syaitan yang kita tak nampak kita ikut,
Ajakan manusia yang kita nampak, kita ikut tak?
Syaitan tak sentuh kita pun,
Manusia siap pegang pegang bahu lagi kita tak ikut juga.
Tepuklah dada tanya iman.

Bila disuruh buat kebaikan, ada sahaja alasan,
Katanya, "tak sampai seru lagi",
Bila disuruh berubah, ada sahaja alasan,
Katanya, "tak mahulah, saya selesa dalam keadaan seperti sekarang",


Astargfirullahallazim, astargfirullahallazim, astargfirullahallazim

Nak berubah tak perlu tunggu seru dan hidayah Allah, 
Siapa yang berusaha, dia yang akan mendapat hasilnya,
Selarilah dengan surah Ar-Rad:11 yang menerangkan bahawa diri sendiri yang mampu mengubah nasib mereka sendiri. Sama samalah kita berubah ke arah kebaikan, salah dan silap harap dimaafkan. 






Monday, October 15, 2012

Leaders Effective Action and Decisions Camp ( LEAD )

Assalamualaikum WBT
Hujung minggu yang lepas merupakan hari yang ana rasa paling indah, paling manis, dan paling tidak dapat ana lupakan. Seriously, pada mulanya memang terasa berat hati untuk pergi ke kem tersebut. Maklumlah, kem yang dipenuhi dengan majlis majlis ilmu, siapa yang nak pergi, ana ni bukannya baik sangat, dahla sayang nak tinggalkan ping pong. hehe. Tapi alhamdulillah, akhirnya Allah campakkan juga ana ke kem tersebut. Dan sampailah ana ke kem yang diberi nama Leaders Effective Action and Decisions Camp ( LEAD ). Kecilnya diri ana bila berada dikalangan mereka semua, nak bercakap pun rasa gemuruh, makin bersemangat nak mencari dan mendalami ilmu agama bila bersama sahabat. Diantara objektif yang ana dapat simpulkan dari program ini selain daripada mewujudkan ukhwah adalah untuk melahirkan generasi yang petah berkomunikasi di dalam menyebarkan dakwah dan menyedarkan kami tentang kepentingan akidah. 
Pada mulanya, ana rasa program LEAD mungkin sangat sangat boring, mungkin tak ada kesan yang akan ditinggalkan dalam diri ana. Tapi anggapan ana salah, Allahurabbi, kesan yang ditinggalkan program LEAD sangat sangat kuat, penangan itu masih lagi terasa sampai sekarang. Ana masih lagi merindui sahabat sahabat ana, mana taknya, hari pertama dah makan dalam satu dulang, bersuap pulak tuh, tidur sama sama, sebelah sebelah, mandi pun kongsi satu kolah. haha. Tak sampai sehari hubungan kami dah tersangat rapat, macam ada satu bond yang merapatkan kami semua. Mungkin juga ukhwah yang begitu kuat ini lahirnya dari satu tujuan yang sama iaitu sama sama mencari redha illahi. 
Allahurabbi, tak pernah rasa rindu kat sahabat lelaki sebegini rupa. Sayangnya, rindunya cukup cukup berbeza, macamanalah perasan sahabat baginda Rasulullah SAW dahulu, bilamana baginda wafat. Terfikir seketika, sedangkan ana yang berhati batu ini pun terkesan ketika hendak meninggalkan sahabat, bayangkan pula macammana keadaan para sahabat ketika baginda Rasulullah SAW wafat. Allahurabbi, tak dapat ana bayangkan kesedihan yang dihadapi para sahabat. 
Akhir sekali, diharapkan ukhwah yang terbina dari program ini dapat dipelihara sampai bila bila, till jannah. Ana sayang kamu semua kerna Allah taala. 
Peserta muslimin
Lastday :'(

Peserta muslimat

Xde caption :-)








Wednesday, October 10, 2012

Kalimah La-ilaha-iLLaLLah (لا اله الا الل)

lailahaillallah

Kalimah suci lailahaillallah yang membawa maksud "tiada Tuhan selain dari Allah" merupakan sebesar besar kalimah. Diceritakan dari seorang tabligh daripada Madinah, kalimah lailahaillallah diletakkan di atas suatu gunung pada suatu masa dahulu, gunung tersebut berkecai tidak mampu menahan beratnya kalimah suci lailahaillallah.

Daripada usrah lewat petang tadi, apa yang disampaikan saudara Saffwan ( muda lagi orangnya, tapi berilmu ), satu bahagian dalam lailahaillallah iaitu اله yang membawa maksud kepada matlamat.

Ilah (اله) terbahagi kepada lima bahagian:-
~ Matlamat kepada pengabdian
~ Matlamat kepada perlindungan
~ Matlamat kepada kecintaan
~ Matlamat kepada pemberian rezeki
~ Perundangan

Pengabdian diri kepada Allah SWT sepenuhnya, jadi sebab apa kita hidup kat atas dunia melainkan hanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Ayat Quran yang secara nyata menjelaskan perkara ini merupakan surah Al An'am ayat 162 yang membawa maksud 162. 
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, (QS. 6:162). 
Segala sesuatu yang kita buat kat atas muka bumi ini adalah semata mata kerana Allah SWT, sebab apa kita belajar? bukan semata mata kerana nak dapat kerja best, gaji besar dan sebagainya. Tapi untuk mendapat keredhaan Allah SWT secara mutlaknya.

Perlindungan, kesimpulannya manusia itu lemah, dan memerlukan suatu kuasa yang besar untuk melindungi mereka. Hatta bayi yang sedang dikandungkan, berada dibawah lindungan ibunya, iaitu didalam rahim ibunya. Tatkala ia dilahirkan, ibu bapalah yang menjadi perlindung, tatkala si perempuan sudah bersuami, si suamilah yang menjadi perlindung. Maka Allah itu merupakan tempat bagi segala galanya untuk berlindung.
Suran An-Nas ayat 1-3 menerangkan Allah SWT merupakan pelindung hambaNya.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad):  “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)  manusia. “
2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
3. Tuhan yang disembah manusia.

Kecintaan, cinta atas dasar Islam, cinta pada Allah SWT dan cinta kepada makhluk. Rujukan Quran yang dapat dirujuk, surah at Taubah ayat 24.
Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Pemberian rezeki, tetapkan didalam hati bahawa Allah adalah pemberi rezeki, tiada sesuatu melainkan Allah yang telah memberikan sesuatu kepada kita dengan kehendakNya. Ayat al Quran yang berkaitan dengan rezeki adalah surah al Baqarah ayat 216.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Dan bahagian terakhir merupakan perundangan, perundangan meliputi segala cara hidup yang berlandaskan Islam. Wallahualam. Sekadar sedikit perkongsian, kalau salah sila komen.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...