lailahaillallah |
Kalimah suci lailahaillallah yang membawa maksud "tiada Tuhan selain dari Allah" merupakan sebesar besar kalimah. Diceritakan dari seorang tabligh daripada Madinah, kalimah lailahaillallah diletakkan di atas suatu gunung pada suatu masa dahulu, gunung tersebut berkecai tidak mampu menahan beratnya kalimah suci lailahaillallah.
Daripada usrah lewat petang tadi, apa yang disampaikan saudara Saffwan ( muda lagi orangnya, tapi berilmu ), satu bahagian dalam lailahaillallah iaitu اله yang membawa maksud kepada matlamat.
Ilah (اله) terbahagi kepada lima bahagian:-
~ Matlamat kepada pengabdian
~ Matlamat kepada perlindungan
~ Matlamat kepada kecintaan
~ Matlamat kepada pemberian rezeki
~ Perundangan
Pengabdian diri kepada Allah SWT sepenuhnya, jadi sebab apa kita hidup kat atas dunia melainkan hanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Ayat Quran yang secara nyata menjelaskan perkara ini merupakan surah Al An'am ayat 162 yang membawa maksud 162.
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, (QS. 6:162).
Segala sesuatu yang kita buat kat atas muka bumi ini adalah semata mata kerana Allah SWT, sebab apa kita belajar? bukan semata mata kerana nak dapat kerja best, gaji besar dan sebagainya. Tapi untuk mendapat keredhaan Allah SWT secara mutlaknya.
Perlindungan, kesimpulannya manusia itu lemah, dan memerlukan suatu kuasa yang besar untuk melindungi mereka. Hatta bayi yang sedang dikandungkan, berada dibawah lindungan ibunya, iaitu didalam rahim ibunya. Tatkala ia dilahirkan, ibu bapalah yang menjadi perlindung, tatkala si perempuan sudah bersuami, si suamilah yang menjadi perlindung. Maka Allah itu merupakan tempat bagi segala galanya untuk berlindung.
Suran An-Nas ayat 1-3 menerangkan Allah SWT merupakan pelindung hambaNya.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad): “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai) manusia. “
2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
3. Tuhan yang disembah manusia.
Kecintaan, cinta atas dasar Islam, cinta pada Allah SWT dan cinta kepada makhluk. Rujukan Quran yang dapat dirujuk, surah at Taubah ayat 24.
Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.
Pemberian rezeki, tetapkan didalam hati bahawa Allah adalah pemberi rezeki, tiada sesuatu melainkan Allah yang telah memberikan sesuatu kepada kita dengan kehendakNya. Ayat al Quran yang berkaitan dengan rezeki adalah surah al Baqarah ayat 216.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."
Dan bahagian terakhir merupakan perundangan, perundangan meliputi segala cara hidup yang berlandaskan Islam. Wallahualam. Sekadar sedikit perkongsian, kalau salah sila komen.

No comments:
Post a Comment