Rss

Thursday, January 31, 2013

Tahajjud disamping malam hari

Bismillahirrahmanirrahim, assalamualaikum wbt

Sekarang menunjukkan jam 0510 am, kawan serumah masih lagi nyenyak diulit mimpi, entah apa yang dimimpikan mereka, ada yang berdengkur, berdengus, macam macam bunyi kedengaran. Kalau diceritakan mengenai nikmat yang Allah bagi dan cara kita bersyukur, Alahurabbi, cukup cukup banyak, tapi berapa detik syukur yang ada dalam diri kita. 

Menjadi kebiasaan untuk saya bangun sebelum subuh, mendidik diri supaya dapat solat subuh secara berjemaah dimasjid, satu perkara yang akan meninggalkan kesan positif dalam diri selepas solat subuh berjemaah. Ya Allah, indahnya subuh berjemaah, dikala orang lain nyenyak tidur, luangkanlah sedikit masa untuk subuh berjemaah. Berapa lama kita dapat tidur dengan nyenyak, balaslah nikmat yang diberi dengan cara kita bangun sebelum subuh.

Tahajjud cinta? 
Latih diri dengan bertahajjud, kerana tahu diri tidak sekuat yang disangka, lemahnya hati dalam kelalaian dari mengingati Allah. Manusia diciptakan mempunyai perasaan, baik perasaan kasih, keliru, sedih dan suka. Namun manusia tidak selalu diberi kekuatan untuk merasa suka, kadang ada yang terbabas dari kelalaian diri sendiri. Bukan mengata, tapi mengingati diri sendiri.

Saat paling manis, bila tujuh anggota badan diletakkan ke tanah, muka dihadapkan ke alas tikar sembahyang. Menangis dan mengadulah pada Allah swt, kerana tidak ada sebaik baik pendengar melainkan Allah swt. Gugurkanlah air matamu disaat sujud terakhir, luahkanlah segala yang terpendam pada yang Maha Mendengar. Bukan kamu menangis kerana kamu lemah, tetapi tiada sebaik baik pendengar melainkan Dia.

Kerana telah dinyatakan bahawasanya tiada solat yang terbaik selepas solat fardhu melainkan solat tahajjud, Solat yang paling baik selepas solat fardhu ialah solat (Tahajjud) di tengah malam.” (Hadith riwayat Muslim) 

Galakan lain mengenai solat tahajjud

Firman Allah Taala :

“Dan bangunlah pada sebahagian dari waktu malam serta kerjakanlah “sembahyang tahajjud” padanya, sebagai sembahyang tambahan bagimu; semoga Tuhanmu membangkit dan menempatkanmu pada hari akhirat di tempat yang terpuji”. (Al-Isra’: 79)


# Indahnya Islam bilamana dipraktikkan dengan sempurna, ringannya beribadah bila ade iman didada.



No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...