Rss

Friday, April 27, 2012

Islam Is The Way Of Life | Kasih si ibu sampai ke mati

We love Allah more than everything.

Suatu kisah cinta yang diceritakan balik oleh abang aku, Zamrie Bin Shaari. Kisah ni mungkin sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan yang positif mahupun negatif kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian yang mungkin sedang asyik dilamun cinta, yang baru nak bercinta dan yang sudah lama bercinta. Terpulang pada penafsiran seseorang, buruk mahupun baik. Sebut pasal cinta, semua pandangan merujuk kepada remaja. Mana tidaknya, pada usia remajalah kawan-kawan mudah terpengaruh dengan bisikan manja syaitan si laknatullah. Semoga kisah yang tak seberapa ini dapat memberi impak kepada kita sahabat handai sekalian.

Terdapat sepasang kekasih yang sememangnya si dialah yang akan menjadi pujaan hati masing masing, baik si wanita dan si lelaki. Ayat ayat cinta sering diluahkan tiap kali mereka bertemu, "engkaulah purnama" kata si lelaki, dan "engkaulah bintang" balas si perempuan. Sehari harian kata kata atau ucapan ini diluahkan. Disebabkan terlalu taksub dengan cinta sesama makhluk ini, pada suatu hari, si wanita bertanya kepada si lelaki.

Si wanita : Awak sayang saya tak?
Si lelaki : Tentulah saya sayang awak, sayang sangat sangat.
Si wanita : Betul awak sayang saya?
Si lelaki : Betullah saya sayang awak.
Si wanita : Kalau awak sayang, awak sanggup tak buat apa saja untuk saya?
Si lelaki : Saya sanggup, cakaplah apa yang awak mahukan.
Si wanita : Saya mahukan hati ibu kamu.

Lalu tanpa berfikir panjang, si lelaki terus pulang ke rumah. Sebaik ternampak si ibu, si lelaki terus menerkam ke arah ibunya lalu menikam nikam ibunya tanpa belas kasihan. Dapat tak sahabat semua bayangkan betapa kejamnya si anak disebabkan pengaruh cinta semata mata.
Si lelaki berlari lari dengan genggaman hati ditangannya, tidak disengajakan si lelaki telah tersepak anak batu dan jatuh.
Dengan kuasa Allah swt, hati si ibu mampu berkata kata.
Si ibu berkata,"Anakku!kamu tidak apa apakah?".
Si lelaki tercengang tidak terkata, walaupun dia telah membunuh ibunya dengan kejam, tapi ibunya masih mengambil berat terhadap dirinya walaupun ibunya telah meninggal dunia. Beribu keinsafan menyelubungi hati si lelaki tadi. Tamat.

Terdapat tiga peringkat cinta, yang pertama cinta kepada Allah, rasulNya dan jihad dijalanNya. Yang kedua cinta kepada makhluk-makhlukNya, dan yang ketiga cinta pada peringkat yang paling rendah adalah cinta kepada dunia, harta benda, keluarga yang melebihi cinta kepada Allah, rasulNya dan juga jihad jalan Allah. Renung-renungkan, selamat beramal. (Pesanan untuk diri sendiri dan para sahabat)

2 comments:

Nurhidayah said...

Lelaki ni, ibu dia pun dia x cinta, layak ke nak bercinta.. huhu.. Carilah cinta Allah dahulu, nescaya kamu akan bertemu dengan cinta hamba.
(ingatan utk diri jgk)

Zarul Azuan Shaari said...

Itulah pasai, cinta sesama makhluk melebihi cinta kepada Allah. (ingatan untuk diri sendiri gak)

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...