Rss

Monday, October 15, 2012

Leaders Effective Action and Decisions Camp ( LEAD )

Assalamualaikum WBT
Hujung minggu yang lepas merupakan hari yang ana rasa paling indah, paling manis, dan paling tidak dapat ana lupakan. Seriously, pada mulanya memang terasa berat hati untuk pergi ke kem tersebut. Maklumlah, kem yang dipenuhi dengan majlis majlis ilmu, siapa yang nak pergi, ana ni bukannya baik sangat, dahla sayang nak tinggalkan ping pong. hehe. Tapi alhamdulillah, akhirnya Allah campakkan juga ana ke kem tersebut. Dan sampailah ana ke kem yang diberi nama Leaders Effective Action and Decisions Camp ( LEAD ). Kecilnya diri ana bila berada dikalangan mereka semua, nak bercakap pun rasa gemuruh, makin bersemangat nak mencari dan mendalami ilmu agama bila bersama sahabat. Diantara objektif yang ana dapat simpulkan dari program ini selain daripada mewujudkan ukhwah adalah untuk melahirkan generasi yang petah berkomunikasi di dalam menyebarkan dakwah dan menyedarkan kami tentang kepentingan akidah. 
Pada mulanya, ana rasa program LEAD mungkin sangat sangat boring, mungkin tak ada kesan yang akan ditinggalkan dalam diri ana. Tapi anggapan ana salah, Allahurabbi, kesan yang ditinggalkan program LEAD sangat sangat kuat, penangan itu masih lagi terasa sampai sekarang. Ana masih lagi merindui sahabat sahabat ana, mana taknya, hari pertama dah makan dalam satu dulang, bersuap pulak tuh, tidur sama sama, sebelah sebelah, mandi pun kongsi satu kolah. haha. Tak sampai sehari hubungan kami dah tersangat rapat, macam ada satu bond yang merapatkan kami semua. Mungkin juga ukhwah yang begitu kuat ini lahirnya dari satu tujuan yang sama iaitu sama sama mencari redha illahi. 
Allahurabbi, tak pernah rasa rindu kat sahabat lelaki sebegini rupa. Sayangnya, rindunya cukup cukup berbeza, macamanalah perasan sahabat baginda Rasulullah SAW dahulu, bilamana baginda wafat. Terfikir seketika, sedangkan ana yang berhati batu ini pun terkesan ketika hendak meninggalkan sahabat, bayangkan pula macammana keadaan para sahabat ketika baginda Rasulullah SAW wafat. Allahurabbi, tak dapat ana bayangkan kesedihan yang dihadapi para sahabat. 
Akhir sekali, diharapkan ukhwah yang terbina dari program ini dapat dipelihara sampai bila bila, till jannah. Ana sayang kamu semua kerna Allah taala. 
Peserta muslimin
Lastday :'(

Peserta muslimat

Xde caption :-)








5 comments:

Persatuan Mahasiswa Hadhari said...

taniah adik...
subhanallah....adik adalah yg terpilih dr kalangan beribu2 siswa uitm utk bersama2 di program lead...
alhamdulillah...semoga dpt trus brsama untuk berpimpinan tgn bersama shbt2 yg ade dlm pmh...utk terus melangkah membgunkan iman, melangkah dimedan kampus demi islam....sambil bergengaman erat dengan shbt2 dlm kemanisan ukhuwwah hingga ke syurga.taniah!!^^

Zarul Azuan Shaari said...

insyaAllah, semoga PMH terus maju dalam melaksanakan program program kerohanian.insyaAllah, aamiiin.

Anonymous said...

please say alhamdulillah for every breath,chance and goodness that Allah gave to you..''thnx ya Allah for wakimg me up from my sleep all this long..! ''....say this akh!

Zarul Azuan Shaari said...

alhamdulillah, syukran. may Allah bless you :-)
semoga kita sama sama kuat, jangan lupa doa.

percubaanpertama said...

adik la sangat..hehe,btw nice entry!

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...