Rss

Tuesday, March 8, 2011

Saja-saja, suke-suke, merapu..

Penat..degree memang penat..Pernah terfikir nak give up..tp aku takkan sia-siakan peluang sekarang,kerja aku masa muda remaja ni,aku nak belajar,belajar dan belajar..dan aku nak tambah pengalaman aku selama 2 tahun kt sini..
Konsep aku senang jer, aku takkan menyerah kalah, sebab orang yang mudah menyerah kalah adalah orang yang menyediakan mati sebelum mati, tp aku tak nak mati lagi..hihi..
Aku fikir, Allah kurniakan otak manusia semuanya sama, yang membezakan manusia adalah macammana manusia gunakan otak mereka..samaada untuk keburukan ke,kebaikan ke..terpulang kepada setiap individu masing-masing.... orang lain boleh buat, tapi kenapa kita tidak? otak kita sama jer ngan orang lain..
Esok hari Khamis, ada 2 perkara yang perlu dilakukan untuk menghadapi hari esok :-
1) Study CTU553 Chapter 1-3 sebab esok test
2) Siapkan Software Development Plan sebab esok dah kena submit
Jadi aku kena bekerja keras, niat aku sambung degree sebab aku nak tambah ilmu dan juga pengalaman aku...aku tak kisah kalau-kalau aku repeat, tp semestinya aku tak nak repeat..hahaha..
sebab dah memang niat aku, aku datang sinis sebab nak tambah ilmu.......mungkin aku tak ada rezeki buat masa sekarang, tapi siapa yang tahu dimasa akan datang rezeki aku melimpah ruah...insyaAllah..amin....
Aku takkan berpuas hati dengan apa yang aku buat melainkan yang terbaik aku dapat persembahkan..means that, i've to work hard in order to achieve my goals..yes!
Wake up!Dress up!Show up!Rise up!Never give up!

1 comment:

syai.nia.sharif said...

GOGO never give up! ^o^

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...