Rss

Wednesday, November 14, 2012

Harta, Wanita dan Takhta


Sedikit perkongsian buat sahabat sahabat sekalian dari kuliah maghrib dua hari lepas. Kuliah yang dibincangkan adalah mengenai perkara yang melalaikan manusia di akhir zaman. Perkara ini telah disampaikan oleh Nabi Muhammad SAW kepada sahabat sahabat baginda. Tiga perkara tersebut adalah harta, wanita dan takhta.

Allahurabbi, dengan adanya harta, apa pun boleh, situasi yang berlaku pada masa sekarang, "Let money talk, everything can be bought by money". Ada duit, setel semua masalah. Malahan pada zaman pemerintahan Khalifah Umar al Khattab, sesiapa yang mempunyai banyak harta, dialah yang akan menguasai sesuatu tempat, dan jangan kita lupa pada pemerintahan beliau Islam telah menguasai 2/3 dunia. 

Cuma yang menjadi masalah pada masa sekarang adalah harta yang dimiliki tidak disalurkan pada jalan yang betul. Itu silapnya, harta memberi kebaikan dan juga keburukan kepada pada manusia. Banyak harta tapi tidak mengeluarkan zakat, salah jugak. Macamana umat Islam nak kaya kalau tidak keluarkan zakat atau sedekah, betul atau tidak?

Saranan bersedekah dalam al Quran

“ Kalau kamu zahirkan sedekah itu, maka itu adalah baik. Dan kalau pula kamu sembunyikan sedekah itu serta kamu berikan kepada orang fakir miskin, maka itu adalah baik bagi kamu; dan Allah akan hapuskan daripada kamu sebahagian daripada kesalahanmu. Dan Allah Maha Mengetahui apa yang kamu lakukan.”

(al-Baqarah: 271)

Perkara kedua, wanita. Kerana wanita hati lelaki jadi lalai, hati lelaki jadi lemah, hati lelaki jadi rendah, hati lelaki jadi kuat, hati lelaki jadi gagah dan hati lelaki jadi senang. Allahurabbi, dasyatnya seorang wanita, walaupun wanita dikatakan seorang insan yang lemah, tapi mana mungkin wanita mampu menggendong anaknya selama 9 bulan di dalam kandungan, mana mungkin wanita boleh jadi seorang ibu yang tabah, mana mungkin wanita selalu mendampingi si suami tika berjuang,  dan mana mungkin si wanita menutup litup tubuhnya tika panas terik mentari.


Akan tetapi, si wanita juga yang akan memberi kelalaian kepada si lelaki, jadi lelaki sebagai pemimpin, haruslah sedar akan tanggungjawab mereka sebagai seorang lelaki, Allahurabbi, yang mana belum berkahwin cuba berfikir sejenak, nak bagi apa untuk anak anak dan isteri, cukupkah sekadar nasi, pakaian dan keperluan asas lain selain dari pengisian rohani? Jikalau ada masa, tuntutlah ilmu agama sebaik mungkin, kongsikan dengan anak anak dan isteri, moga hidup bahagia dunia dan akhirat. Lelaki yang belum berkahwin, fikir pasal tangungjawab anda terhadap adik adik perempuan, ibu dan ayah, jangan gatal gatal nak kahwin lagi, cari ilmu agama terlebih dahulu kalau tak tergolong dalam wajib kahwin. hehe.


Perkara ketiga, takhta. Disebabkan takhta jugalah manusia berpecah belah, tiada lagi perpaduan kaum, aku nak buat itu, aku nak buat ini, masing masing nak perjuangkan hak masing masing. Itu salah sebenarnya, bagaimana sikap yang ditunjukkan oleh Nabi Muhammad SAW cukup berbeza sama sekali, dimana akhlak kita sebagai muslim? Tunjukkan teladan yang baik kepada agama lain, akhlak yang baik boleh dijadikan salah satu cara berdakwah. 




~~ Sedikit perkongsian, selamat tahun baru, maaf salah silap ~~

Saturday, October 20, 2012

Surah Ar-Rad:11



“Sesungguhnya Allah tidak akan mengubah nasib suatu kaum kecuali kaum itu sendiri yang mengubah apa apa yang pada diri mereka ” (Surah Ar-Rad:11)

Bila diajak berbuat kebaikan, susah betul tak?
Bila disuruh bersedekah, berat tangan bukan?
Bila disuruh itu dan ini, susah untuk dilaksanakan betul?
Hendak seribu daya, tak hendak seribu dalih.



Bisikan syaitan yang kita tak nampak kita ikut,
Ajakan manusia yang kita nampak, kita ikut tak?
Syaitan tak sentuh kita pun,
Manusia siap pegang pegang bahu lagi kita tak ikut juga.
Tepuklah dada tanya iman.

Bila disuruh buat kebaikan, ada sahaja alasan,
Katanya, "tak sampai seru lagi",
Bila disuruh berubah, ada sahaja alasan,
Katanya, "tak mahulah, saya selesa dalam keadaan seperti sekarang",


Astargfirullahallazim, astargfirullahallazim, astargfirullahallazim

Nak berubah tak perlu tunggu seru dan hidayah Allah, 
Siapa yang berusaha, dia yang akan mendapat hasilnya,
Selarilah dengan surah Ar-Rad:11 yang menerangkan bahawa diri sendiri yang mampu mengubah nasib mereka sendiri. Sama samalah kita berubah ke arah kebaikan, salah dan silap harap dimaafkan. 






Monday, October 15, 2012

Leaders Effective Action and Decisions Camp ( LEAD )

Assalamualaikum WBT
Hujung minggu yang lepas merupakan hari yang ana rasa paling indah, paling manis, dan paling tidak dapat ana lupakan. Seriously, pada mulanya memang terasa berat hati untuk pergi ke kem tersebut. Maklumlah, kem yang dipenuhi dengan majlis majlis ilmu, siapa yang nak pergi, ana ni bukannya baik sangat, dahla sayang nak tinggalkan ping pong. hehe. Tapi alhamdulillah, akhirnya Allah campakkan juga ana ke kem tersebut. Dan sampailah ana ke kem yang diberi nama Leaders Effective Action and Decisions Camp ( LEAD ). Kecilnya diri ana bila berada dikalangan mereka semua, nak bercakap pun rasa gemuruh, makin bersemangat nak mencari dan mendalami ilmu agama bila bersama sahabat. Diantara objektif yang ana dapat simpulkan dari program ini selain daripada mewujudkan ukhwah adalah untuk melahirkan generasi yang petah berkomunikasi di dalam menyebarkan dakwah dan menyedarkan kami tentang kepentingan akidah. 
Pada mulanya, ana rasa program LEAD mungkin sangat sangat boring, mungkin tak ada kesan yang akan ditinggalkan dalam diri ana. Tapi anggapan ana salah, Allahurabbi, kesan yang ditinggalkan program LEAD sangat sangat kuat, penangan itu masih lagi terasa sampai sekarang. Ana masih lagi merindui sahabat sahabat ana, mana taknya, hari pertama dah makan dalam satu dulang, bersuap pulak tuh, tidur sama sama, sebelah sebelah, mandi pun kongsi satu kolah. haha. Tak sampai sehari hubungan kami dah tersangat rapat, macam ada satu bond yang merapatkan kami semua. Mungkin juga ukhwah yang begitu kuat ini lahirnya dari satu tujuan yang sama iaitu sama sama mencari redha illahi. 
Allahurabbi, tak pernah rasa rindu kat sahabat lelaki sebegini rupa. Sayangnya, rindunya cukup cukup berbeza, macamanalah perasan sahabat baginda Rasulullah SAW dahulu, bilamana baginda wafat. Terfikir seketika, sedangkan ana yang berhati batu ini pun terkesan ketika hendak meninggalkan sahabat, bayangkan pula macammana keadaan para sahabat ketika baginda Rasulullah SAW wafat. Allahurabbi, tak dapat ana bayangkan kesedihan yang dihadapi para sahabat. 
Akhir sekali, diharapkan ukhwah yang terbina dari program ini dapat dipelihara sampai bila bila, till jannah. Ana sayang kamu semua kerna Allah taala. 
Peserta muslimin
Lastday :'(

Peserta muslimat

Xde caption :-)








Wednesday, October 10, 2012

Kalimah La-ilaha-iLLaLLah (لا اله الا الل)

lailahaillallah

Kalimah suci lailahaillallah yang membawa maksud "tiada Tuhan selain dari Allah" merupakan sebesar besar kalimah. Diceritakan dari seorang tabligh daripada Madinah, kalimah lailahaillallah diletakkan di atas suatu gunung pada suatu masa dahulu, gunung tersebut berkecai tidak mampu menahan beratnya kalimah suci lailahaillallah.

Daripada usrah lewat petang tadi, apa yang disampaikan saudara Saffwan ( muda lagi orangnya, tapi berilmu ), satu bahagian dalam lailahaillallah iaitu اله yang membawa maksud kepada matlamat.

Ilah (اله) terbahagi kepada lima bahagian:-
~ Matlamat kepada pengabdian
~ Matlamat kepada perlindungan
~ Matlamat kepada kecintaan
~ Matlamat kepada pemberian rezeki
~ Perundangan

Pengabdian diri kepada Allah SWT sepenuhnya, jadi sebab apa kita hidup kat atas dunia melainkan hanya untuk beribadat kepada Allah SWT. Ayat Quran yang secara nyata menjelaskan perkara ini merupakan surah Al An'am ayat 162 yang membawa maksud 162. 
Katakanlah: “Sesungguhnya shalatku, ibadatku, hidupku dan matiku hanyalah untuk Allah, Rabb semesta alam, (QS. 6:162). 
Segala sesuatu yang kita buat kat atas muka bumi ini adalah semata mata kerana Allah SWT, sebab apa kita belajar? bukan semata mata kerana nak dapat kerja best, gaji besar dan sebagainya. Tapi untuk mendapat keredhaan Allah SWT secara mutlaknya.

Perlindungan, kesimpulannya manusia itu lemah, dan memerlukan suatu kuasa yang besar untuk melindungi mereka. Hatta bayi yang sedang dikandungkan, berada dibawah lindungan ibunya, iaitu didalam rahim ibunya. Tatkala ia dilahirkan, ibu bapalah yang menjadi perlindung, tatkala si perempuan sudah bersuami, si suamilah yang menjadi perlindung. Maka Allah itu merupakan tempat bagi segala galanya untuk berlindung.
Suran An-Nas ayat 1-3 menerangkan Allah SWT merupakan pelindung hambaNya.
1. Katakanlah (Wahai Muhammad):  “Aku berlindung kepada Tuhan (yang memelihara dan menguasai)  manusia. “
2. Raja (Yang menguasai dan memerintah) manusia.
3. Tuhan yang disembah manusia.

Kecintaan, cinta atas dasar Islam, cinta pada Allah SWT dan cinta kepada makhluk. Rujukan Quran yang dapat dirujuk, surah at Taubah ayat 24.
Katakanlah: “Jika bapa-bapa , anak-anak , saudara-saudara, isteri-isteri, kaum keluargamu, harta kekayaan yang kamu usahakan, perniagaan yang kamu khawatiri kerugiannya, dan tempat tinggal yang kamu sukai, adalah lebih kamu cintai dari Allah dan RasulNya dan dari berjihad di jalan nya, Maka tunggulah sampai Allah mendatangkan Keputusan NYA”. dan Allah tidak memberi petunjuk kepada orang-orang yang fasik.

Pemberian rezeki, tetapkan didalam hati bahawa Allah adalah pemberi rezeki, tiada sesuatu melainkan Allah yang telah memberikan sesuatu kepada kita dengan kehendakNya. Ayat al Quran yang berkaitan dengan rezeki adalah surah al Baqarah ayat 216.
"Boleh jadi kamu membenci sesuatu padahal ia amat baik bagimu, dan boleh jadi pula kamu menyukai sesuatu padahal ia amat buruk bagimu, Allah mengetahui sedang kamu tidak mengetahui."

Dan bahagian terakhir merupakan perundangan, perundangan meliputi segala cara hidup yang berlandaskan Islam. Wallahualam. Sekadar sedikit perkongsian, kalau salah sila komen.

Monday, September 24, 2012

Impian Kasih

Sweet kan? :-)
Impian Kasih, dari tajuk kita dapat simpulkan apa motif atau mesej yang hendak disampaikan melalui lagu ini. Lelaki mana, wanita mana yang tak mahukan seorang putera ataupun seorang permaisuri yang bakal mengisi kelapangan hidup mereka.  Hawa diciptakan Allah swt bagi menemani Adam as hidup dibumi. Diciptakan daripada tulang rusuk kiri yang paling bengkok dari rusuk lelaki. Dibawah merupakan lirik lagu yang bertajuk Impian Kasih yang dinyanyikan oleh kumpulan In Team. Jom sama sama kita hayati lirik lagu dibawah.

Kasih dengarlah hatiku berbicara
Kasih izinkan diriku bertanya
Bisakah cinta bersemi
Mengundang restu Ilahi
Adakah bahgia yang diimpi
Menjadi satu realiti.

Kasih ku sedari kekurangan diri
Kasih ku insafi kelemahan diri
Ku ingin sunting dirimu
Menjadi permaisuri hatiku
Sebagai isteri yang berbudi
Kebanggaan para suami

Wanita hiasan dunia
Seindah hiasan adalah wanita solehah
Yang akan membahagiakan
Syurga dalam rumahtangga

Hanya itu yang ku inginkan
Dari insan yang amat kusayang
Damaikanlah resah hatiku
Aku rindu kasih dan sayangmu
Terimalah seadanya
Akulah hiasan pelamin hidupmu

Andainya tiada jodoh
Untuk ke singgahsana
Ku pasrahkan segalanya
Kerna takdir yang akan menentukan
Impian kasih

Best bukan?\^_^/

Saturday, September 22, 2012

~ Marilah Berzikir ~

~ MARILAH BERZIKIR ~

~ Marilah Berzikir ~ Marilah Berzikir ~
~ Walau Cuma Hanya Sekali Dalam Sehari ~ 
~ Marilah Berzikir ~ Marilah Berzikir ~ 
~ Walau Cuma Hanya Sekali Dalam Sehari ~
 
~ Maha Suci Allahu Rabbi ~ Dan Segala Puji Kasih Tertinggi ~
~ Tuhan Yang Esa,Allah ~ Yang Maha Besar,Allah ~
~ Yang Mencari Ketenangan ~ Yang Menantikan Kebahagiaan ~ 
~ Pasti Akan Bertemu ~ Pasti Akan Berlaku ~
 
~ Marilah Berzikir ~ Marilah Berzikir ~ 
~ Walau Cuma Hanya Sekali Dalam Sehari ~ 
~ Marilah Berzikir ~ Marilah Berzikir ~ 
~ Walau Cuma Hanya Sekali Dalam Sehari ~
~ Tiada Daya Dan Kekuatan ~ Setanding Kuasa Selain Dia ~ 
~ Tuhan Yang Esa,Allah ~ Yang Maha Besar,Allah ~ 
~ Rendah Diri ~ Rasa Takut ~ 
~ Lembut Suara ~ Pagi Dan Petang ~ 
~ Serulah asmaNya,Allah ~ Di Dalam Jiwa,Allah ~
~ Berzikir Memuji Keagungan Tuhan ~ 
~ Mengukuhkan Rasa Kehambaan ~ 
~ Menguatkan Rasa Keimanan ~ Tanpa Keraguan ~  
~ lalalalalallalaalaaaaa ~
~ Marilah Berzikir ~ Marilah Berzikir ~ 
~ Walau Cuma Hanya Sekali Dalam Sehari ~ 
~ Marilah Berzikir ~ Marilah Berzikir ~ 
~ Walau Cuma Hanya Sekali Dalam Sehari ~  

~ Jom kita sama sama hayati lagu Marilah Berzikir dari Hafiz Hamidun ~

Wednesday, July 11, 2012

Terima kasih sahabat

Banyak benda yang bermain di fikiran, semuanya soal keduniaan, tapi pernah tak sedetik kita mengingati hal kematian. Cukup tak amalan yang akan kita bawa sebagai bekal didalam kubur nanti. Allahuakbar. Dikit bukan? Bila memikirkan soal kematian, barulah menitis air mata, susahnya bagi hambaMu yang mempunyai hati kering untuk menitiskan air mata kepadaMu ya Allah, ampunkanlah dosa dosaku, dosa kedua ibubapaku, dosa saudara saudaraku, ampunkanlah ya Allah. Tersentap bila ada orang yang salah anggap dengan perubahan aku, aku berubah kerana aku nak berubah, bukan sebab siapa siapa. Ya Allah, ingatkan ada yang menyokong, tapi tak semua yang menyokong tindakan kita ke arah kebaikan. Mujurlah ada kawan kawan yang banyak membantu, secebis nota cukup membantu. Terima kasih sahabat.

Sunday, June 17, 2012

Islam Is The Way Of Life | Cara memakai serban

Comel kan?
Nabi Muhammad saw merupakan orang yang 24 jam memikirkan tentang umatnya. Siang malam memikirkan kita, tapi tepuk dada tanya iman pernahkah kita fikirkan baginda siang dan malam, pernah kita cuba hafal selawat pujian untuk baginda, pernah kita amalkan sunnah yang ditinggalkan baginda kepada kita, pernah kita cuba meletakkan cinta kita kepada Rasul dan Allah. Tanya diri sendiri layakkah kita untuk bersama baginda dan para sahabat baginda suatu masa nanti, malah layakkah kita untuk ke jannah. Astargfirullahalazim, ampunkanlah dosaku ya Allah.


Siapa lagi kalau bukan kita umat tinggalan Nabi Muhammad saw untuk tidak mengamalkan sunnah sunnah yang ditinggalkan Rasulullah. Besar pahala mengamalkan sunnah Rasulullah, banyak sunnah yang ditinggalkan Rasulullah, antaranya bersugi, memakai serban, mengamalkan doa doa seperti sebelum tidur, menaiki kenderaan, doa selepas bangun tido dan sebagainya, memakan labu air dan daging kambing (bahagian kaki hadapan), meminum susu kambing, memakan kurma dan banyak lagi.


Bab mengarut!
Salah satu yang selalu diamalkan baginda ialah, memakai serban. Kebanyakannya tidak tahu cara memakai serban, bila pakai jer serban jatuh time nak sujud. Haha. Terdetik dihati nak pakai serban, balik kampung jer saya cari cari kain serban, last last jumpalah kain serban warna kuning. Alhamdulillah, cantik sangat. Nak tanya abang cara nak pakai serban camne, tapi segan. Last last cuba buat sendri bekal dari carian kat google jumpalah tutorial. Hehe. Jadi juga akhirnya.

The real things
Senangkan?


Nota/Sikit: Nak pakai jubah plak lepas nih. Berita gembira, abang saya nak hadiahkan jubah warna hitam. Cool!hitam plus serban kuning. Yes!Baju raya tahun nih kita pakai jubah plak. Cool isnt it?





Wednesday, June 6, 2012

iTECH | Rekabentuk laman web, blog dan baju T


---------------------------------------------------------------------
Region: Selangor

Name: Kelapa Jujur
Email: azuanperformance89@yahoo.com

MENGAPA BERBELANJA LEBIH JIKA ANDA BOLEH BERJIMAT? Dapatkan laman berkualiti,
lengkap dan mudah dengan harga rendah untuk laman peribadi, komuniti atau
perniagaan.

Caj rekabentuk dan laman untuk setiap mukasurat blog/laman web, RM50-RM70

Wednesday, May 23, 2012

Islam Is The Way Of Life | Bersugi

Sekadar hiasan senyuman orang yang bersugi. Hehehe


"Bersugilah kamu,sesungguhnya di dalamnya terdapat kebaikan untuk mulut dan keredhaan dari ALLAH S.W.T."
Sabda Rasulullah S.A.W
Diriwayatkan oleh Ibnu Abbas R.A

Waktu-waktu yang afdhal untuk bersugi:-
1) Ketika mahu bersolat
2) Ketika mahu mengaji
3) Ketika mahu tidur
4) Ketika mahu bersama isteri
5) Ketika ingin berwudhu'
6) Selepas makan
7) Selepas bangun dari tidur

Setelah kedatangan Islam, Rasulullah SAW menetapkan penggunaan siwak/sugi sebagai salah satu sunnah baginda yang sangat dianjurkan, bahkan beliau bersabda :“Seandainya tidak memberatkan ummatku, maka aku perintahkan mereka untuk bersiwak setiap akan wudhu” (Muttafaq ‘alaihi).

Kebaikan atau khasiat bersugi:-
1) Membersihkan mulut dan menghilangkan bau mulut
1) Menjadi sebab keredhaan Allah SWT
3) Menyebabkan kemarahan syaitan
4) Allah dan malaikat mengasihi orang yang bersugi
5) Menguatkan gusi
6) Menhilangkan gelema
7) Mewangikan mulut
8) Menghapuskan safra'(sejenis penyakit)
9) Menguatkan pandangan mata

Cara menggunakan kayu sugi:-
1) Buang kulit dipangkal kayu sugi untuk digunakan.
2) Kayu sugi yang kering akan melukakan gusi, sebaik-baiknya direndam selama satu hari. Air rendaman boleh digunakan untuk berkumur.
3) Bahagian pangkal kayu sugi yang sudah dihilangkan kulit luarnya digigit-gigit atau dikunyah-       kunyah sampai berjumbai seperti berus.
4) Bahagian kayu sugi yang sudah seperti berus digunakan untuk memberus gigi dan juga lidah.
5) Bismillah dan selawat sebelum bersugi.

Islam itu mudah dan tidak memudaratkan. Jom kerjakan yang sunat, amalkan yang  wajib.

Friday, April 27, 2012

Islam Is The Way Of Life | Kasih si ibu sampai ke mati

We love Allah more than everything.

Suatu kisah cinta yang diceritakan balik oleh abang aku, Zamrie Bin Shaari. Kisah ni mungkin sedikit sebanyak akan meninggalkan kesan yang positif mahupun negatif kepada abang-abang dan kakak-kakak sekalian yang mungkin sedang asyik dilamun cinta, yang baru nak bercinta dan yang sudah lama bercinta. Terpulang pada penafsiran seseorang, buruk mahupun baik. Sebut pasal cinta, semua pandangan merujuk kepada remaja. Mana tidaknya, pada usia remajalah kawan-kawan mudah terpengaruh dengan bisikan manja syaitan si laknatullah. Semoga kisah yang tak seberapa ini dapat memberi impak kepada kita sahabat handai sekalian.

Terdapat sepasang kekasih yang sememangnya si dialah yang akan menjadi pujaan hati masing masing, baik si wanita dan si lelaki. Ayat ayat cinta sering diluahkan tiap kali mereka bertemu, "engkaulah purnama" kata si lelaki, dan "engkaulah bintang" balas si perempuan. Sehari harian kata kata atau ucapan ini diluahkan. Disebabkan terlalu taksub dengan cinta sesama makhluk ini, pada suatu hari, si wanita bertanya kepada si lelaki.

Si wanita : Awak sayang saya tak?
Si lelaki : Tentulah saya sayang awak, sayang sangat sangat.
Si wanita : Betul awak sayang saya?
Si lelaki : Betullah saya sayang awak.
Si wanita : Kalau awak sayang, awak sanggup tak buat apa saja untuk saya?
Si lelaki : Saya sanggup, cakaplah apa yang awak mahukan.
Si wanita : Saya mahukan hati ibu kamu.

Lalu tanpa berfikir panjang, si lelaki terus pulang ke rumah. Sebaik ternampak si ibu, si lelaki terus menerkam ke arah ibunya lalu menikam nikam ibunya tanpa belas kasihan. Dapat tak sahabat semua bayangkan betapa kejamnya si anak disebabkan pengaruh cinta semata mata.
Si lelaki berlari lari dengan genggaman hati ditangannya, tidak disengajakan si lelaki telah tersepak anak batu dan jatuh.
Dengan kuasa Allah swt, hati si ibu mampu berkata kata.
Si ibu berkata,"Anakku!kamu tidak apa apakah?".
Si lelaki tercengang tidak terkata, walaupun dia telah membunuh ibunya dengan kejam, tapi ibunya masih mengambil berat terhadap dirinya walaupun ibunya telah meninggal dunia. Beribu keinsafan menyelubungi hati si lelaki tadi. Tamat.

Terdapat tiga peringkat cinta, yang pertama cinta kepada Allah, rasulNya dan jihad dijalanNya. Yang kedua cinta kepada makhluk-makhlukNya, dan yang ketiga cinta pada peringkat yang paling rendah adalah cinta kepada dunia, harta benda, keluarga yang melebihi cinta kepada Allah, rasulNya dan juga jihad jalan Allah. Renung-renungkan, selamat beramal. (Pesanan untuk diri sendiri dan para sahabat)

Friday, April 20, 2012

5 Perkara Yang Manusia Kasih, 5 Perkara Yang Manusia Lupa

Istighfar
 Sabda Nabi S.A.W : akan datang kasih mereka 5 perkara dan lupa mereka 5 perkara:
Kasih mereka kepada hidup – lupa mereka kepada mati .
Kasih mereka kepada harta – lupa mereka kepada hisab .
Kasih mereka kepada mahligai – lupa mereka kepada kubur .
Kasih mereka kepada dunia – lupa mereka kepada akhirat .
Kasih mereka kepada makhluk – lupa mereka kepada Allah.

Apabila hampir mati seseorang hamba Allah maka terbahagilah dia kepada lima bahagian :
hartanya untuk warisnya .
Nyawanya untuk Malaikal Maut .
dagingnya untuk ulat-ulat .
tulangnya untuk tanah .
amalan dan kebajikannya untuk orang yang dianiayainya .

Sunday, April 15, 2012

Islam Is The Way Of Life | KENAPA KITA DI LARANG MENGELUH?


Kita mengeluh : "tak mungkin"
Allah menjawab : "jika Allah mengkehendaki sesuatu, cukup dgn berkata jadi,maka jadilah ia --->(surah Yasin:82)

... ... kita mengeluh : "saya terlalu penat dan lelah"
Allah menjawab : "Aku ciptakan tidurmu untuk istirahatmu"--->(Surah An-naba:9)

Kita mengeluh : "saya tak mampu menanggung dugaan ini"
Allah menjawab : "Allah tidak mmbebankan sesuatu pd seseorang melainkan sesuai dgn kemampuannya"--->(surah Al-baqarah:286)

Kita mengeluh : "saya sangat stress"
Allah menjawab : "hanya dgn mngingati Allah, maka hati akan menjadi tenang"-->(Surah Ar-Ra'du:28)

Kita mengeluh : "tak ada guna nya"
Allah menjawab : "maka barang siapa mengerjakan amal kebaikan walaupun seberat zarah, nescaya ia akan melihat kebaikannya"-->(Surah Al-zazalah:7)

P/S : To all my friends, i know this week we have to struggle for test, quiz, assignment and so on. Remember my friends, everything has its own reason. Do not blame yourselves, be strong. Goodluck =)

(SmallNote-Zarul)

Wednesday, April 11, 2012

Islam Is The Way Of Life | Ini sultan saya | Sultan Muhammad V

Nama : Sultan Muhammad V, dulu dikenali sebagai Tuanku Muhammad Faris Petra
Tarikh Lahir : 6 Oktober 1969
Kat bawah ada beberapa gambar yang aku selalu tengok, sejuk hati bila tengok sultan aku.

See the video http://www.youtube.com/watch?v=c9eMJGmMlB0
Sultan saya pakai kain pelekat jer.
Sultan saya bukan takat jadi ketua negeri, dia pun boleh mengimamkan solat. Orang perempuan yang nak cari calon, jangan takat cari yang hensem-hensem, carilah orang yang boleh mendirikan solat 5 waktu. Mampu jadi imam buat kalian semua. Tak perlu cari ustaz ustaz, orang yang soleh pun sudah memadai. Lelaki yang baik tak semestinya soleh, tapi lelaki yang soleh sudah pasti seorang yang baik.
Sultan saya pun pandai menghormati ulamak, tapi macam mana pula dengan orang lain yang tak reti nak menghormati ulamak? Ingat, ulamak ni pengganti Nabi, siapa yang tentang ulamak, sama juga macam dia tentang Allah.
Umar bin Abdul Aziz berkata, “Jika mampu,jadilah kamu orang alim ; jika tidak mampu,jadilah penuntut ilmu ; jika tidak mampu,jadilah pencinta ulama’ ; jika tidak mampu,janganlah kamu membenci ulama’.”
Sultan saya pun reti berdoa, sebab dia tahu doa adalah senjata orang mukmin. Jangan jadi sombong dengan Allah, selalulah berminta dengan Allah s.w.t. Nescaya Allah akan makbulkan. Diantara waktu yang afdhal untuk berdoa :
1.Ketika bersujud
2. Diantara azan dan iqamat dan diantara kedua
3. Selepas solat 5 waktu
4. Selepas membaca al Quran
5. Ketika turun hujan
6. Malam jumaat dan harinya
7. Ketika berhimpun orang muslimin
8. Ketika majlis zikir


Tengok, baguskan sultan saya? Saya bangga sangat ada sultan macam nih.
Senyum =)
Senyum merupakan sedekah, betul tak? Kalau salah boleh tinggalkan komen anda.
Orang yang mindanya terbuka luas dan bersangka baik akan melahirkan senyuman yang ikhlas. Sama juga orang bahagia, apabila megukirkan senyuman, senyumannya akan tampak manis dan sedap mata memandang.
Tapi orang yang menghadapi masalah jiwa sukar untuk melemparkan senyuman. Senyumannya kelihatan agak suram serta kurang menarik.
Sultan saya mencemar duli baginda dengan melawat orang-orang kampung, bukan sekali, tapi berkali kali. Bagus kan?
Dalam Islam ada menuntut supaya orang-orang Muslimin saling menghormati sesama yang lain tak kira berbeza pangkat, umur, harta dan sebagainya.

Thursday, April 5, 2012

Islam Is The Way Of Life | Kecantikan Lelaki & Kekuatan Wanita Islam

Subhanallah

Nak tahu dimana Kecantikan Lelaki?
Kecantikan seorang lelaki bukan kepada rupa fizikal tetapi pada murni
rohani. Lelaki yang cantik adalah:-

1) Lelaki yang mampu mengalirkan air mata untuk ingatan.
2) Lelaki yang sedia menerima segala teguran.
3) Lelaki yang memberi madu, setelah menerima racun.
4) Lelaki yang tenang dan lapang dada.
5) Lelaki yang baik sangka.
6) Lelaki yang tak pernah putus asa.
Kecantikan lelaki berdiri di atas kemuliaan hati. Seluruh kecantikan Yang ada pada Nabi Muhammad adalah kecantikan yang sempurna seorang lelaki…
Dan dimana Kegagahan Wanita?
Kegagahan seorang wanita bukan kepada pejal otot badan, tetapi pada
kekuatan perasaan. Perempuan yang gagah adalah:-
1) Perempuan yang tahan menerima sebuah kehilangan.
2) Perempuan yang tidak takut pada kemiskinan.
3) Perempuan yang tabah menanggung kerinduan setelah ditinggalkan.
4) Perempuan yang tidak meminta-minta agar di penuhi segala keinginan.
Kegagahan perempuan berdiri di atas teguh iman. Seluruh kegagahan yang ada pada Khadijah adalah kegagahan sempurna bagi seorang perempuan.
Sabda Rasulullah SAW: “Sebarkanlah ajaranku walaupun satu ayat ” Surah Al-Ahzab : Ayat 71
“Nescaya Allah memperbaiki bagimu amalan-amalanmu dan mengampuni bagimu dosa-dosamu. Dan barangsiapa mentaati Allah dan Rasul-Nya, maka sesungguhnya ia telah mendapat kemenangan yang besar.”

kredit: http://akuislam.com/blog/renungan/kecantikan-lelaki-kekuatan-wanita/#ixzz1rBO6dX1s

Wednesday, April 4, 2012

| Biodata Rasulullah |

Credit to Azila Azzemin

Sunday, April 1, 2012

Nak letak chat box yang free dan mudah?Just follow the steps below

Menjadi satu masalah bila kebanyakan chat box sekarang dah menamatkan perkhidmatannya yang percuma, ada yang percuma tapi tak user friendly.
Selepas menyelongkar laman sesawang pagi tadi, aku jumpalah laman web ni  http://www.cbox.ws/ 
Cara pemasangan dan cara nak configure benda alah ni pun senang juga. Just follow the steps below =)
2.Tekan menu sign up dan isi semua maklumat yang dikehendaki. 
3. Log masuk untuk dapat fully access.
4. Tekan menu publish, kemudian edit laa korang punya chat box.


Klik kat sign up menu
Isi semua maklumat kemudian tekan butang Create my CBox!
5.  Just copy kod yang ada kat bawah.
6. Kat blog kamu, klik Design>>Add a Gadget>> Pilih HTML/JavaScript.
7. Paste kod tadi dengan menkan Control + V.
8. Save perubahan tadi

Copy kod diatas dan paste kt HTML/JavaScript gadget




Senang kan?
 

Saturday, March 31, 2012

Gadis Remaja Cina Malaysia Peluk Islam - TV Al Hijrah


Sedang remaja lain dibuai dengan mimpi indah, hidup tak tentu hala, tak tahu mana hukum hakam, ditambah pula dengan kepimpinan yang ada sekarang, makin banyaklah maksiat akan terus bermaharajalela. Baru belasan tahun, tapi wanita ini mengambil langkah yang tepat dengan memeluk agama Islam. Alhamdulillah. Kita sama samalah mendoakan kesejahteraan saudara saudara baru kita.

Monday, January 2, 2012

Tahun 2012


Selamat Tahun Baru 2012M. Menjadi satu kerugian buat aku pada tanggal 31 Disember 2011, kerana kesilapan dan kekeliruan tentang tarikh program GeMs yang diadakan di dataran. Disebabkan kekeliruan tersebut, aku lebih cenderung menghadiri program 'sayangi selangor' yang diadakan di iCity Shah Alam.
Jika diberi pilihan permata dan tin karat, yang mana tin karat ini berupa seribu pahala di akhirat dan permata merupakan sesuatu yang bernilai di dunia dan sudah pasti tidak membawa apa-apa keuntungan di akhirat kelak, yang mana akan menjadi pilihan anda semua? Disebabkan sedikit godaan daripada iblis terhadap hamba-hamba Allah yang lalai dengan kehidupan duniawi dan cetek ilmu agamanya, mereka memilih permata berbanding tin karat.
Pengisian program GeMs diisi dengan ceramah-ceramah agama, orang yang menghadiri program ini semuanya berkopiah, bertudung. InsyaAllah orang-orang yang menghadiri program ini dirahmati dan diberkati Allah s.w.t.

Berilmu, beriman dan beramal \^_^/
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...