Rss

Tuesday, June 21, 2011

aku harapkan...

Kadang-kadang apa yang kita harapkan tak seperti yang kita harapkan. Yang terjadi adalah perkara sebaliknya. Memang mulut boleh berkata-kata, tapi dapat tak kita tunaikan apa yang mulut kita luahkan. Kadang-kadang kita cakap A,tapi apa yang kita buat adalah B. Apa yang patut kita buat untuk diri sendiri,cuba tepati masa,berpegang pada janji,berkata jujur pada sesiapapun dan last sekali cuba jadi seorang yang pemaaf. Setiap manusia pantas menerima kemaafan dan juga memaafkan, sedangkan Allah Yang Maha Besar lagi memaafkan hamba-hambaNya. Inikan pula manusia sesama manusia.
Setiap manusia mempunyai harapan, ada yang berharapan tinggi, rendah, sederhana dan kecil. Semuanya menaruh harapan walaupun harapan itu secalit habuk. Tapi pernahkah kita berusaha untuk mendapatkan atau mengejar harapan kita agar tercapai?
Kita sering kali memandang kebahagiaan orang lain sampai kita terlupa untuk melihat kebahagiaan diri sendiri. Sering kali kita buta untuk melihat apa kelebihan dan keburukan yang kita ada. Kelebihan dan kelemahan yang kita ada sebenarnya menjadi permulaan bagi segala-galanya, even untuk kita mengejar harapan kita.
Lebih baik menjadi hipokrit demi menjaga silaturrahim sesama manusia, jangan kerana nila setitik, kita juga yang terkena tempiasnya. Jangan kita jadi seperti orang yang pandai berkata-kata, tapi tak pernah untuk melihat keburukan diri sendiri. Jadi apa yang aku harapkan, aku mengharapkan ...

6 comments:

Nurfarhain Binti Rahsid said...

manusia mmg tidak puas dengan apa yang dia ada...bersyukur lah dgn apa yang ada...mgkin dengan syukur yang ikhlas Allah akan limpahkan lebih rahmat dariNya untuk kita..

cIk NadIa said...

jgn lupe panjatkan doa :)

Zarul said...

ermmm :-(

cik_sna said...

berharap itu boleh. berusaha itu wajib. bertawakkal itu tuntutan. yang lain serahkan kepada DIA sebab DIA tahu apa yang terbaik untuk kita.

salam ziarah.
berlegar-legar meneroka dunia penulisan. :)

Zarul said...

cik_sna>thanks..you can visit me anytime.. :-)

cik_sna said...

hah..i datang ni.hahah

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...